Siakap Keli

Ngeri, Larva Lintah Menetas, Hidup Dan Membesar Selama 3 Bulan Dalam Hidung Lelaki Ini

Baru-baru ini seorang lelaki warga China terpaksa berhadapan dengan pengalaman menakutkan apabila seekor lintah sepanjang satu inci membesar dalam hidungnya.

Menurut sumber, haiwan itu telah menetas dan hidup di dalam hidungnya itu selama sekurang-kurangnya tiga bulan.

Gambar : Paparan skrin video, sumber Mail Online

Lelaki yang dikenali sebagai Pan pada mulanya pergi mendapatkan rawatan di Hospital Dongguan Chang’an di wilayah Guangdong di China, selepas mengalami pendarahan hidung selama 10 hari.

Pakar hidung, telinga dan tekak di hospital itu, Liu Yuxing segera mengesyaki keadaan itu disebabkan seekor lintah. Kejadian itu pertama kali berlaku pada pesakitnya tetapi beliau pernah membaca kes yang seumpamanya dilaporkan dalam jurnal perubatan.

Untuk membuang lintah itu bukanlah satu tugas yang mudah kerana menurut Doktor Liu haiwan itu melekap dengan ketat pada hidung mangsa. Menarik lintah itu keluar, boleh menyebabkannya pecah. Akhirnya mereka berjaya mengeluarkan lintah tersebut dengan menariknya secara perlahan-lahan.

Gambar : Paparan skrin video, sumber Mail Online

Ditanya mengenai sebarang insiden yang membolehkan lintah tersebut memasuki hidungnya, Pan memberitahu doktor bahawa perkara yang boleh diingatinya adalah berenang di sebatang sungai dekat kampungnya kira-kira tiga bulan lalu.

Gambar : Paparan skrin video, sumber Mail Online

Doktor percaya larva lintah berkenaan memasuki hidungnya, dan akhirnya menetas sebelum membesar sehingga sepanjang satu inci.

Satu persoalan yang timbul bagi penulis, bagaimana mangsa tidak merasakan ada sesutau yang terdapat di dalam hidungnya dan menghalang aliran udara? Aneh juga. 

Sumber : Oddity Central

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.