Siakap Keli

Sempat Bercakap Pasal Mati, Profesor Ini Meninggal Dunia Semasa Bersiaran Langsung Di Televisyen

Seorang profesor yang terkenal dalam sebuah program televisyen di India menggemparkan penonton dan kru apabila beliau meninggal dunia semasa bersiaran langsung.

Sewaktu sedang bercakap dalam program ‘Good Morning J&K’ itu, Profesor Rita Jitendra dikatakan mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.

Ketika insiden berlaku, beliau sedang bercerita megenai kehidupan dan kerjaya dan kemudian secara tiba-tiba berhenti bercakap lalu rebah.

Menurut pengacara program tersebut, beliau kelihatan normal dan sihat sahaja pada awalnya sebelum tiba-tiba rebah di set.

“Beliau memberitahu kami mengenai beberapa perkara menarik mengenai kehidupannya dan kelihatan normal ketika itu,” ujar Zahid Mukhtar yang merupakan pengacara program tersebut.

“Tapi secara tiba-tiba beliau berhenti bercakap dan rebah. Kami terpaksa menghentikan program (dan menukarkannya) kepada sebuah dokumentari. Beliau dibawa ke hospital.

Tambahnya lagi, Jitendra mempunyai hubungan begitu baik dengan televisyen dan ayat-ayat terakhirnya yang memulakan segala-galanya.

Sementara itu, Hafiza Muzaffar  yang merupakan tuan rumah yang ditempati oleh Jitendra di Srinagar berkata, dia membawa profesor tersebut ke studio untuk sesi wawancara dan dalam perjalanan dia sempat memberitahu mahu kematiannya seperti bekas Presiden India, A.P.J. Abdul Kalam.

“Beliau beritahu Dr Kalam meninggal semasa bekerja. Begitu jugalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya… di studio.”

Jitendra disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital SMHS di Jammu, India, akibat serangan jantung.

Sumber- TheTelegraphIndia

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar