Siakap Keli

Seram, Sebuah ‘Pulau Maut’ Di Thailand Yang Dikatakan Harus Dijauhi, Beberapa Pelancong Sudah Hilang, Dirompak, Mati Dan Dirogol

Thailand, negara yang tak asing lagi sebagai destinasi percutian pilihan ramai. Sebut sahaja pulau popular seperti Phuket atau krabi pasti kita terbayangkan kejernihan air dan keindahan pulaunya. Tetapi pasti ramai yang terkejut apabila terdapat sebuah pulau yang bernama Pulau Koh Tao atau digelar sebagai ‘Pulau Maut’ oleh pengunjung. Manakn tidak, terdapat beberapa pengunjung yang dilaporkan telah jadi mangsa bunuh, rompak dan rogol. Memang takut !

Baru-baru ini, seorang remaja yang mendakwa dirinya telah menjadi mangsa dadah, rogol dan rompak di Pulau Koh Tah telah memberi amaran kepada pelancong untuk menjauhkan diri dari pulau tersebut.

Remaja berumur 19 tahun itu mendakwa pihak berkuasa di Thailand bukannya tidak menyiasat kes tersebut malah seperti tidak mengendahkan dakwaannya kerana takut akan merosakkan industri pelancongan negara itu.

Mangsa yang dikatakan berasal dari London berkata ;

”Saya menggesa supaya orang ramai terutamanya belia supaya menjauhkan diri dari pulau tersebut. Saya rasa sudah tidak selamat lagi untuk kembali bercuti di Pulau Koh Tao.

”Saya tidak mengatakan bahawa jangan mengunjungi Thailand secara umum kerana negara itu merupakan salah satu destinasi percutian kegemaran saya. Thailand sememangnya negara yang indah, cuma ada beberapa sisi ‘gelap’ yang membutakan anda.

Difahamkan, Koh Tao merupakan pulau popular bagi pelancong-pelancong dari British. Tetapi pengalaman menakutkan bermula pada tahun 2014 apabila Hannah Whiteridge, 23, dan rakannya David Miller, 24, telah dibunuh di pulau tersebut.

Hannah Whiteridge dan David Miller dibunuh di Thailand pada tahun 2014
Dua suspek yang dilaporkan telah membunuh Hannah dan Miller

Berikutan beberapa siri kematian dan kehilangan pelancong yang tak dapat dijelaskan di sana, pulau itu telah dikenali sebagai ‘pulau maut’. Dikatakan, minggu ini sahaja 12 orang telah diugut selepas berkongsi butiran serangan terbaru yang didakwa berlaku di pulau tersebut melalui facebook.

Mangsa juga menceritakan dia telah diserang pada 26 Jun lalu di Pantai Sairee. Lokasi itu merupakan tempat yang sama dimana Hannah dirogol sebelum dibunuh.

Mangsa percaya bahawa seseorang telah memasukkan dadah dalam minumannya ketika dia berada di sebuah bar berhampiran pulau tersebut. Selepas itu, dia merasakan dirinya sangat penat dan meninggalkan bar tersebut tanpa mengingati apa yang terjadi.

”Apa yang ingat selepas bangun dari tidur, seluar dalam serta seluar pendek sudah ditanggalkan. Seorang lelaki Thailand berdiri di sebelah sambil memberikan senyuman kepada saya. Sebelum dia beredar, dia juga turut mengambil telefon bimbit, duit serta kredit kad saya.

”Saya juga mengalami kulit terbakar di bahagian lutut hingga meninggalkan parut. Rasanya terlalu sakit hingga saya terpaksa meletakkan pasir di bahagian kecederaan itu,” kata mangsa.

Selepas kejadian itu, dia mengambil bot untuk ke Koh Phangan bagi membuat laporan polis bahawa dia telah dirogol. Namun mereka tidak mahu mengambil apa-apa tindakan kerana perkara itu berlaku di pulau yang lain.

Antara mangsa lain :

Elise Dalemagne, 30, ditemui mati tergantung di dalam hutan Koh Tao pada 28 April 2017
Luke Miller dari Newport, ditemui mati dalam kolam renang
Pelancong dari Rusia,Valentina Novozhyonova, 23, dilaporkan telah hilang dari salah satu tempat penginapan di Koh Tao pada pertengahan bulan Februari lalu.
Christina telah mengemas kini status di Twitter mengatakan dia telah mengambil ubat kerana mengalami sakit dada, beberapa hari sebelum meninggal dunia.
Mayat Bernd Grotsch ditemui di rumah, di Koh Tao

Sumber : The Sun

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.