Siakap Keli

Terbalik, Budak Pula Bakal Didakwa Kerana Merogol Dan Membunuh Orang Dewasa Berusia 83 Tahun

Kita sering mendengar mengenai serangan seksual orang dewasa terhadap kanak-kanak ataupun istilahnya sebagai serangan pedofilia dilaporkan oleh media sama ada tempatan mahupun global. Namun jarang sekali kita mendengar mengenai kes rogol dan bunuh membabitkan remaja berusia belasan tahun terhadap warga emas berusia, dalam kes ini berusia 83 tahun.

Namun itulah yang terjadi sebenarnya, seorang remaja berusia 14 tahun daripada Baltimore, Amerika Syarikat ditahan pihak berkuasa atas pertuduhan merogol dan membunuh seorang nenek yang berusia 83 tahun, Ogos lalu. Menurut pihak berkuasa, kes remaja berkenaan akan dikendalikan sebagai kes orang dewasa.

Menurut rekod, jiran kepada mangsa, Dorothy Mae Neal telah menghubungi pihak berkuasa pada 29 Ogos setelah mereka mendapati tiada kelibat mangsa di luar rumah untuk beberapa hari sebelumnya.

Balai polis yang menerima laporan berkenaan kemudian telah menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat kehilangan Dorothy. Di rumahnya, pihak berkuasa menemui Dorothy dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai. Hasil penelitian, polis mendapati terdapat tanda-tanda serangan terhadap mangsa.

Dorothy kemudian dikejarkan ke hosipital sebelum disahkan meninggal dunia pada pagi 30 Ogos. Siasatan lanjut oleh pihak berkuasa kemudian membawa kepada penahanan suspek berusia 14 tahun, Tyrone Harvin.

Suspek dikatakan tinggal di kawasan kejiaranan yang sama dengan mangsa. Menurut laporan akhbar antarabangsa, sehingga kini tidak dapat disahkan sama ada mangsa sudah diwakili peguam atau sebaliknya untuk berhadapan dengan pertuduhan bunuh.

Mengikut undang-undang yang diamalkan di wilayah Marryland dan Baltimore, mana-mana suspek kanak-kanak berumur 14 tahun dan ke atas jika ditahan akan dibicarakan sebagai tertuduh dewasa.

Sumber : ABC News, News Channel 8 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.