Siakap Keli

(Video)Restauran Holy Grail Jual Juadah Halimunan, Ajaibnya Tetap Ada Pelanggan Yang Sanggup Membeli

Jika anda mahu mencuba menu baru ataupun sedang dalam proses diet, hidangan ‘Ghost Meal’ daripada Restoran Holy Grail ini mungkin adalah menu yang ada patut cuba. Restoran tersebut yang terletak di Filipinan menjual juadah tersebut bersempena dengan pesta Bulan Hantu yang disambut disana.

Dengan bayaran sebanyak Peso 50 (RM 3.84), anda akan mendapat sepinggan makanan ‘halimunan’, segelas air sebagai hidangan istimewa untuk ‘spirit’ dan ‘ghost’. Menurut pemilik Restoran Holy Grail, sebanyak Peso 20 akan diberikan terus terhadap pelayan yang mengambil pesanan.

Lebih menarik, para pelanggannya diberi pilihan untuk mendapatkan menu Ghost Meal Air-grilled atau Ghost Meal Sizzling.

”Rasa juada Ghost Meal ini sama seperti rasa makanan yang pernah anda makan sebelum ini, cumanya ia dalam khayalan, seperti hantu, anda juga tidak boleh nampak Ghost Meal.

”Jika anda mempunyai mata ketiga, mungkin anda boleh melihatnya. Jika tidak, gunakan lah kuasa imaginasi anda,” kata pemilik restoran berkenaan, Jose Marcelo III.

Jose juga memberitahu bahawa menu tersebut bukan satu gurauan dan berharap orang ramai menyokong dan membeli menu terbaru tersebut.

Di dalam budaya orang Cina, bulan ketujuh di dalam kalendar Lunar dianggap sebagai bulan hantu. Untuk tahun 2018, bulan hantu disambut diantara 11 Ogos sehingga 9 September lepas. Ketika bulan ini, masyarakat berkenaan percaya hantu-hantu akan keluar berkeliaran dan boleh memberi nasib yang tidak baik.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=T14bjG6za0U]

 

Sumber : When In Manila

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.