Siakap Keli

Pernah Bekerja Dengan Warga Asing, Luqman Kongsi Kisah Sedih Makan Nasi Lauk Bawang Pekerja Bangladesh

Beberapa tahun lalu, isu 1.5 juta warga Bangladesh yang berada di Malaysia membuatkan rakyat mula bersikap stereotaip dan merendah-rendahkan mereka.   Mungkin ada sebahagian daripada mereka bertindak tidak wajar sehingga terlibat dengan jenayah melibatkan orang tempatan, tapi ada juga diantara mereka yang hanya ingin mencari punca pendapatan.

Ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan mereka di sini? Perkongsian daripada pelakon Ola Bola, Luqman Hafidz melalui laman Twitter miliknya menceritakan pengalaman ketika pernah bekerja dengan warga asing ini. 

Bukan semua daripada mereka berniat jahat, dan bukan hak kita untuk menghakimi mereka kerana kita bukan Tuhan.

Nur Farra