Siakap Keli

Suami Minta Tolong Cari Isteri Umur 15 Tahun Yang Hilang Jadi Bahan Lawak Netizen

Tular di media sosial apabila kisah seorang suami yang merayu orang ramai mencari isterinya yang hilang mendapat perhatian netizen.  Menurut suami mangsa, mereka baru sahaja bernikah 2 bulan lalu dan masing-masing berasal dari Kelantan.

Kejadian berlaku apabila si isteri yang berusia 15 tahun hilang selepas turun di stesen kereta api untuk ke tandas.  Mereka dikatakan dalam perjalanan dari Tumpat ke Gua Musang ketika bercuti bersama keluarga di Kampung Laut Tumpat.

Ketika kereta api berhenti di stesen Pasir Mas untuk mengambil penumpang, wanita tersebut telah turun untuk ke tandas.  Pun begitu, sehingga kereta api bergerak, dia masih tidak muncul .

Pencarian mereka menemui jalan buntu apabila isteri yang dicari tidak dapat dikesan.  Sehingga hari ini, hampir 5 hari, wanita terbabit masih tak dapat dijumpai.

Apa yang mengecewakan, hal ini seperti menjadi bahan lawak netizen kerana rata-rata tak mempercayai umur isterinya yang masih muda.

Walau bagaimanapun, jika ada orang ramai yang terjumpa dengan wanita ini boleh menghubungi talian 011-1796 2330 atau 017-9044 391 untuk berkongsi maklumat.

Nur Farra