Siakap Keli

Suspek ‘Panggang’ Kucing Bunting Hingga Mati Dalam Mesin Pengering Akhirnya Ditangkap

Beberapa hari yang lalu kami ada melaporkan mengenai tindakan kejam beberapa orang lelaki yang memasukkan seekor kucing sedang bunting ke dalam mesin pengering di sebuah kedai dobi di Taman Gombak Ria, Selangor sehingga mati.

Tindakan lelaki berkenaan nyata mengundang marah netizen apabila video rakaman CCTV yang tersebar menunjukkan tindakan zalim kesemua suspek berkenaan. Namun, melalui laporan portal berita tempatan hari ini, dua daripada tiga suspek sudahpun berjaya ditahan pihak berkuasa.

Lapor portal berita berkenaan, kedua-dua suspek ditahan di sekitar Gombak manakala pihak berkuasa ketika ini masih lagi berusaha untuk mengesan seorang lagi suspek yang turut terlibat dalam jenayah berkenaan.

Kelamarin, pihak berkuasa telah mengedarkan gambar ketiga-tiga suspek bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis. Kesemua suspek bakal didakwa di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan..

Dalam kejadian yang berlaku Selasa lepas, 12.30 malam, kuncing bunting berkenaan menjadi mangsa kekejaman suspek apabila dimasukkan dalam mesin pengering sebelum dihidupkan.

Bangkai haiwan berkenaan ditemui dalam keadaan berdarah oleh pelanggan kedai dobi berkenaan pada pukul 10.30 pagi hari yang sama.

BACA : (Video) Kejam, Gelagat Dua Lelaki Dirakam ‘Putar’ Seekor Kucing Bunting Dalam Pengering Pakaian Hingga Mati

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.