Siakap Keli

(Video) Netizen Menangis Bangga Menjadi Rakyat Malaysia Selepas Menonton Eksperimen Sosial Dari Celcom Ini

Hari Kemerdekaan ke 61 baru sahaja kita sambut dengan penuh gilang-gemilang dan perpaduan yang sangat jitu. Lebih kurang 16 hari selepas itu, negara bakal meraikan satu lagi hari penting dalam sejarah Malaysia iaitu Hari Malaysia. Ia disambut setiap tahun bagi memperingati ulang tahun hari penubuhan persekutuan Malaysia sejak tahun 1963.

Ia menandakan pesetujuan bersama di antara Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura dalam membentuk sebuah negara berdaulat. Tapi, apa yang lebih penting lagi, ia menandakan perpaduan pelbagai bangsa dan agama di bawah satu identity yang sama iaitu sebagai rakyat Malaysia.

Namun hari ini, selepas hampir 55 tahun negara ini terbentuk, perpaduan yang kita kecapi ini kelihatan sedikit diuji. Ia adalah berikutan perbezaan pendapat dan sikap prejudis yang ada dalam diri sebahagian daripada kita. Atas dasar itu, Celcom telah mengadakan satu eksperimen sosial  yang digelar “Guess the Malaysian” melalui laman Facebook mereka.

Uji kaji ini bermula di laman soial Facebook Celcom Malaysia di mana rakyat Malaysia di memilih seorang daripada lima calon yang menepati ciri-ciri yang dimahukan pada setiap pusingan. Kempen ini dijalankan secara tiga pusingan iaitu pada 3 September(pusingan pertama), 6 September(pusingan kedua) dan 9 September(pusingan ketiga).

Dalam Pusingan 1, pengguna Facebook diminta untuk mengundi calon yang mereka rasakan berumur sekitar awal 30-an menerusi klu berbentuk penulisan yang diberikan. Tiga calon yang menerima undian tertinggi akan mara ke Pusingan 2.

Pusingan 2 adalah dimana pengundi akan didengarkan dengan rakaman suara daripada tiga calon yang tinggal dan perlu memilih calon manakah yang mereka rasakan berasal dari bandar kecil. Untuk kali ini, dua calon dengan undian tertinggi akan mara ke peringkat akhir, Pusingan 3 yang diadakan 3 hari selepas itu.

Pada pusingan ketiga ini, dua calon terakhir akan digayakan dengan pakaian dan aksesori tersendiri bagi menggambarkan perwatakan mereka. Pengundi diminta untuk memilih satu calon yang mereka rasa berjaya menghabiskan persekolahan peringkat menengah.

Pengundi di Facebook dilihat telah memilih Calon 5 sebagai calon yang memenuhi ketiga-tiga kriteria berkenann. Namun, mereka telah diminta untuk menunggu sehingga keesokan harinya untuk mengetahui sama ada pilihan mereka adalah tepat atau sebaliknya.

Sehubungan itu, Celcom telah memuat-naik satu video penuh eksperimen sosial ini di Facebook dan YouTube rasmi mereka dimana rakyat Malaysia boleh melihat perkara sebenar yang berlaku di sebalik tabir eksperimen ini.

Melihat kepada video penuh eksperimen ini, kita dapat saksikan di mana tiga peserta yang mempunyai masalah penglihatan telah memberikan penilaian dengan lebih tepat berbanding tiga peserta sebelum mereka.

Ia jelas menunjukkan kebanyakan daripada kita tanpa sedar sebenarnya telah terperangkap dalam sikap prejudis melalui apa yang kita lihat selama kita hidup di negara tercinta ini. Mungkin selama ini, kita terlalu awal dalam menilai seseorang itu hanya dengan melihat pada luaran mereka sahaja.

Atas sebab itu, Celcom berharap agar melalui eksperimen ini, kita akan menjadi ‘buta’ akan setiap perbezaan yang ada di kalangan kita seterusnya mampu memupuk rasa sayang antara satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa.

Lihat sahaja di penghujung video, di mana calon dan peserta bersalaman dan berpelukan mesra sesama mereka sambil mengetepikan perbezaan yang ada di antara mereka. Perpaduan seperti inilah yang mahu ditonjolkan oleh Celcom bagi membantu dalam membina negara Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.

Untuk pengetahuan semua, eksperimen ini dijalankan secara tidak dirancang atau bukannya lakonan sama sekali. Ia adalah bagi memberi gambaran sebenar tentang persepsi dan pandangan rakyat Malaysia di antara satu sama lain.

Semua calon dan peserta yang terlibat juga adalah rakyat Malaysia biasa yang terdiri daripada pelbagai kaum serta mempunyai latar belakang yang berbeza. Setiap kisah dan pandangan yang diberikan adalah 100% asli daripada mereka tanpa sebarang dorongan atau pengaruh daripada mana-mana pihak termasuk Celcom dan semuanya telah dirakam secara langsung.

Melalui eksperimen sosial bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang diadakan ini, Celcom berharap agar kita sebagai rakyat Malaysia dapat menghargai dan menghayati keunikan setiap bangsa dan agama yang dimiliki selama ini. Raikanlah perbezaan dan kekalkanlah perpaduan yang telah kita kecapi sejak 61 tahun kemerdekaan ini sampai bila-bila.

Ayuh semua, Sayangi Malaysiaku !



Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think