Siakap Keli

“Saya Orang Yang Ke-8 Kena Kanser Ni, Takde Ubat Boleh Bantu Selain Kimo,” Ibu Kongsi Rasa Sedih Anak 3 Tahun Kena Kanser Jarang Ditemui

Siapa sangka baru berusia 3 tahun, anak kecil ini sudah menghidapi kanser jenis pleuropulmonary blastoma yang sangat jarang ditemui.  Malah, menurut ibunya sendiri, adik Raysha Adriana adalah orang yang ke-8 dalam Malaysia yang menghidapinya.  Kanser ini sering terjadi dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.  Ia dikatakan berasal dari paru-paru atau rongga pleura.

via xpertdox

Tiada jalan mahupun penawar lain bagi merawat penyakit ini melainkan rawatan kimoterapi yang umum kita tahu kesakitan serta kesannya kepada pesakit apa lagi kepada bidadari kecil ini.  Sebak melihat betapa comelnya kanak-kanak ini meskipun masih tidak begitu faham apa yang terjadi kepada dirinya.  Tiada kata yang mampu diucap oleh mana-mana ibu bapa apabila anak kesayangan didiagnos dengan kanser.

Baca perkongsian ibu ini, Puan Farah menceritakan bagaimana bermulanya adik Raysha diketahui mempunyai kanser.  Kami mengharapkan agar para pembaca semua dapat mendoakan adik Raysha cepat sembuh dan dimudahkan juga urusan kedua ibu bapanya dalam menghadapi dugaan ini. InsyaAllah.

Assalamualaikum nama saya raysha nur adriana 1/10 ni genaplah saya 3tahun, dulu saya seorang kanak kanak yang ceria dan mumy kata saya penyeri dalam rumah dan hati dia sebab saya anak perempuan .. Dulu rambut saya panjang mumy suka ikat rambut saya tinggi tinggi lepastu mumy suka buat tocang dekat rambut saya .. Tp masa bulan puasa saya dah mula sakit, mumy ingat saya sakit perut biasa saja tapi lama kelamaan sakit tu makin kuat sampai saya sukar untuk bernafas.. Daddy bawa saya pergi klinik pergi hospital masuk kk6 sehari je kemudian dokta suruh balik katanya saya xde pape masalah sedangkan masa tu pernafasan saya dah laju.. Dengan rela hati daddy and nenek bawa saya balik kemudian esok kan tu sakit saya makin terus mumy balik tak jadi na pergi kerja jadi daddy nenek and mumy bawa saya pergi hkl.. Abang dekat depan jaga kaunter tu terus tolak saya masuk zon merah.

Mula mula mereka kata saya denggi kemudian jangkitan kuman diparu paru then buat scan dokta kata paru paru berair tapi bila dokta pakar datang dia kata bukan sekadar paru paru berair tapi ada ketumbuhan dalam badan saya sehingga menutup saluran pernafasan saya.. Selang dua hari dokta buat keputusan na oprite saya . Mumy ta henti henti nangis sebab mumy takot sesuatu berlaku.. Masuk bilik oprite nenek yang hanta tp sekejap je lepas saya kena bius nenek keluar, lepas saja oprite saya kena stay dalam icu untuk pemerhatian dokta .. Lepas seminggu saya diberi keizinan balik , mumy gembira sangat tapi mumy pelik kenapa ada wayar warna putih tergantung.. Lepas dari tu mumy tetap susah hati tp mumy terpakse pergi kerja , daddy dan nenek hanta saya ke hospital sebab dokta na jumpa..

Tiba-tiba dokta sahkan saya menghidapi cancer stage 3 ke 4 .. Mumy berkali kali kol daddy tapi daddy ta angkat mungkin sebab daddy xnk mumy risau tapi auntie saya dah post dalam whatspp jadi mumy tahu.. Mumy x senang na buat kerja terus balik dah sampai rumah mumy nangis x terhenti sebab mumy x bole terima saya cancer .. Cancer saya sejenis cancer rare .. Saya org ke 8 yang kena cancer ni jadi xde ubat bole bantu saya melainkan chemo.. Dokta kata kalau dah start chemo rambut saya, bulu mata saya semua akan gugur.. Tp mumy kata saya tetap cantik dimata dia , lepas dari chemo mulut saya sakit kdg2 seminggu x makan . Saya kerap demam mumy sentiasa teman saya dalam hospital kadang kadang nenek pun teman saya.. Tp kesian pada daddy sebab kena hanta saya ulang alik ke hospital

Dalam hospital mumy cuma ada saya dia x berani untuk tegur org dalam wad sebab mumy sorg perempuan yg takot utk tegur org.. Jadi dia akan jaga saya sepanjang masa kalau ada org tegur dia baru dia tegur balik.. Jadi auntie and uncle kat luar sana tolong doakan raysha panjang umur dan kuat untuk lalui semua ni , harini auncle and auntie tlg isha insyallah esok lusa allah swt balas segala jasa baik uncle dan untie .. Perubatan isha memang mahal ..susu isha pun kena tukar mumy dah cuba minta bantuan baitulmal dan isha berharap mereke sudi bantu kami insyallah.

Bagi yang ingin membantu boleh berhubung terus dengan ibu adik Raysha disini bersama dengan maklumat bantuan.

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di