Siakap Keli

“Setahun Sudah Perginya Anak Syurga,” Ibu Mangsa Kebakaran Pelajar Tahfiz Luah Rasa Sebak Mengingati Pemergian Anak

Setahun yang lalu, 14 September 2018 berlakunya kejadian tragis meragut lebih 20 orang pelajar tahfiz serta tenaga pengajar yang dilaporkan maut dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat.

Kejadian tersebut dikatakan menjadi tragedi terburuk tahun 2017 kerana pada mulanya kebakaran dikatakan terjadi berpunca dari lintas pintas namun sebenarnya ia adalah daripada perbuatan khianat 7 orang remaja yang secara sengaja menyimbah petrol ke arah pusat tahfiz berkenaan sehingga membuatkan ramai mangsa yang terperangkap.

Selepas setahun berlalu, ibu kepada salah seorang mangsa tahfiz berkongsi luahan hatinya yang masih tidak boleh melupakan apa yang telah terjadi kepada anaknya.  Tarikh itu juga bukan saja hari meperingati pemergian anaknya tetapi juga merupakan hari ulang tahun kelahiran salah seorang anak perempuannya.

Allahyarham Muhammad Afiq antara mangsa yang terkorban ketika tragedi tersebut dan ketika itu dia hanya berusia 11 tahun.  Allahyarham di kebumikan di Tanah anah Perkuburan Islam Ampang, dalam satu liang lahat bersama dua sepupunya yang juga pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Azkar Abiedi F. Zaska dan Azkar Dariemi F. Zaska.

Sumber: Lin Aziz

Nur Farra