Siakap Keli

Lelaki OKU Cedera Teruk Selepas Bertemu Bomoh Dakwa Boleh Sembuhkannya Dengan Dilayur Atas Api

Seorang lelaki berusia 37 tahun di India terpaksa menanggung derita kecederaan luka terbakar yang teruk setelah tindakannya bertemu bomoh untuk merawat masalah cacat membawa padah.

Bhawani Shankar Nanda, yang dilahirkan sebagai orang kelainan upaya (OKU) sejak kecil bertemu dengan seorang bomoh di kampung Vagamunda, Kandhamal  setelah pengamal perubatan tradisional berkenaan mendakwa berupaya memulihkan masalah cacat dengan menggunakan ilmu hitam.

Bomoh berkenaan mencadangkan Bhawani mengikuti satu ritual dimana dia bergantung kepada satu batang besi dengan menggunakan kaki dan kepala menghala ke bawah. Di bawah pula diletakkan satu bekas berbara yang kemudian dihidupkan api. Akibat ritual berkenaan, Bhawani terpaksa menganggung masalah yang besar daripada masalah kecacatan yang dialaminya.

Malah, rakaman ritual berkenaan yang dijalankan di sebuah kuil turut tersebar di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan netizen terhadap khidmat yang dutawarkan oleh bomoh tersebut.

Selain berada dalam keadaan tergantung, bomoh berkenaan juga dilihat membaca mentera dengan bantuan pembantunya serta dilatari dengan bunyian muzik. Dipercayai ritual berkenaan turut disertai oleh orang ramai.

Pada mulanya, api yang dihidupkan oleh pembantu kepada bomoh berkenaan hanya menyala dengan sederhana. Secara tiba-tiba, api kemudian mula menyala dengan marak dan menyambar tubuh Bhawani.

Orang ramai kemudian dilihat cuba untuk membantu Bhawani yang berada dalam keadaan terkapai-kapai dan menjerit kerana sakit dan panas akibat api yang membakar tubuhnya, namun segalanya sudah terlambat.

Kejadian mula menjadi semakin teruk apabila Bhawani terjatuh ke dalam bekas dengan bara api itu dan sekaligus menyebabkannya mendapat kecederaan luka terbakar yang teruk di hampir di keseluruhan badannya yang tidak berbaju.

Bhawani kemudian segera dikejarkan ke hospital terdekat oleh ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Kesan terbakar boleh dilihat di sekitar badan, wajah dan tangannya.

Doktor di hospital dilaporkan merasa terkejut setelah mendapat tahu punca Bhawani mendapat kecederaan sedemikian rupa. Doktor juga menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan rawatan ilmu hitam yang mendakwa boleh merawat masalah kecacatan.

Sumber : Dailymail

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.