Siakap Keli

Wanita Rayu Orang Ramai Bantu Cari Remaja Ada Masalah Kesihatan Hilang Dari Rumah Sejak Ogos Lalu

Kes orang hilang ini bukanlah satu perkara yang asing atau jarang kita dengar untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Bila sebut pasal kes orang hilang ini, yang selalu kita tahu mesti melibatkan golongan remaja kan. Lari dari rumah kerana merajuk dengan keluarga, lari dari rumah kerana keluarga tidak mahu menuruti cakap mereka dan yang paling kerap terjadi, tentulah kerana lari ikut teman lelaki.

Yelah, yang kerap kita dengar pun adalah kes hilang melibatkan remaja perempuan. Mungkin disebabkan masih cetek pengalaman dalam membuat keputusan hidup atau hubungan percintaan yang tidak dipantau secara dekat oleh keluarga, dan apa sahaja puncanya yang penting si keluargalah paling terkesan apabila berlaku kehilangan ini. Sudah tentu, yang paling teruk menanggung kerisauan adalah si ibu dan si ayah.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh Zurah Hamid ini mengenai kehilangan anak saudaranya yang baru sahaja berusi 15 tahun penghujung bulan lepas yang telah mencetuskan kebimbangan ahli keluarganya. Walaupun tidak dapat diketahui dengan cepat punca kehilangannya, namun ahli keluarga mereka percaya ia ada kena mengena dengan hubungan percintaan dengan teman lelakinya.

Jom baca perkongsian tersebut di bawah.

Please share and spread the word. Thank you.

HILANGNYA TANPA KHABAR BERITA

Talian untuk dihubungi:

BAPA: 0123694124
IBU: 0177047426

Assalamualaikum, disini saya ingin memohon bantuan orang ramai untuk memberitahu pihak polis atau keluarga kami sekiranya menjumpai anak saudara kami; Nur Hawana bt Abdullah, berumur 15 tahun yang telah hilang dari rumah ibu bapanya ketika mereka keluar ke pasar pada 31 Ogos 2018. Lokasi terakhir adalah di Simpang Renggam, Johor. Laporan polis telah dibuat dan sehingga kini masih tiada khabar berita tentangnya. Kami sekeluarga membuat keputusan untuk mewar-warkan kisah anak saudara kami ini kerana dengan tidak mengetahui status keadaannya pada waktu ini, amat membimbangkan kami terutama ibu bapanya.

Pertama, ini adalah usaha kami untuk menjejakinya dan juga berharap orang yang mungkin bersama/membawanya keluar akan turut sama ditemui dan seterusnya membawa kepada penemuan anak saudara kami.

Ini adalah cubaan kali ke-3 dia hilang dari rumah dimana untuk yang kali 1 dan ke 2, dia telah dijumpai bersama seorang lelaki berusia 19 tahun berasal dari Perak, dipercayai teman lelakinya sejak setahun yang lalu. Amaran dan perbincangan bersama ibu bapa lelaki tersebut telah dibuat selepas cubaan membawa lari anak saudara saya tidak berjaya. Anak saudara saya ditemui selepas 3 hari tetapi untuk kali ini sudah melebihi 2 minggu. Lelaki tersebut tidak bekerja dan sekarang pun masih tidak ditemui status keberadaannya sejak 28 Ogos 2018.

Dengan peristiwa yang berlaku sebelum ini, kami membuat jangkaan bahawa lelaki ini juga yang telah membawa anak saudara saya keluar dari rumah pada 31 Ogos 2018 dan telah mematikan semua hubungan komunikasi kepada anak saudara saya.

Anak saudara saya juga kurang darah merah (anemia) dan adakalanya dia akan pengsan kerana kekurangan darah tersebut. Ubat tambah darahnya tidak dibawa, apatah lagi pakaiannya. Dia hanya keluar sehelai sepinggang. Dia masih bersekolah dan akan mengambil PT3 pada bulan hadapan di mana dia juga seorang yang berpotensi cerah di dalam pelajaran.

Untuk awak yang membawanya keluar/lari/mengurung/mengawal dan tidak sedikit pun memikirkan impak dan komplikasi terhadap diri anak saudara saya ini dan kepada keluarga kami, mohon pulangkanlah dia.

Mohon kepada kalian untuk mendoakan keselamatan, kesihatan dan semoga anak saudara saya akhirnya ditemukan. Amin.

Sumber : Zurah Hamid

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.