Pelari maraton Malaysia, Mohd. Syahidan Alias, 31 berjaya memecahkan rekod dunia di Australia semalam dengan rekod selama 2 jam 54 minit untuk 42km jarak larian. Catatan tersebut merupakan yang paling pantas daripada rekod larian sebelumnya iaitu 3 jam 29 minit.
Kejayaan Syahidan membuatkannya mendapat pengiktirafan Guinness World Record sekaligus menjadikannya pelari dari Malaysia terpantas di Festival Larian Sydney Australia semalam.
Turut membanggakan apabila beliau berlari dengan pakaian Jalur Gemilang direka khas oleh pereka tempatan yang seperti menyerupai ‘bendera manusia’.