Siakap Keli

Mengejutkan, Bayi Bermata Satu Dan Tiada Hidung Lahir Di Indonesia

Baru-baru ini, kelahiran seorang bayi perempuan dengan satu mata dan tidak mempunyai hidung di Mandailing Natal, Sumatera Utara, Indonesia telah menggemparkan ramai.

Ketua Agensi Kesihatan Kabupaten Mandailing Natal, Syarifuddin, yang melihat sendiri keadaan bayi tersebut mengesahkan kelahiran itu merupakan kes ketujuh di dunia yang jarang berlaku.

Para doktor merancang memantau keadaan bayi itu untuk beberapa hari akan datang dengan matlamat memindahkannya ke hospital di Medan yang jaraknya 515 km.

Namun malangnya, laporan media-media tempatan menyatakan bahawa bayi tersebut hanya bertahan sekitar tujuh jam sahaja selepas dilahirkan secara normal.

Gambar : Tribun Medan

Menurut sumber, punca kejadian itu masih belum diketahui secara jelas, tetapi menurut doktor ia mungkin berlaku disebabkan virus rubella atau kerana ubat-ubatan dan mungkin juga akibat merkuri.

“Jika dikaitkan dengan pekerjaan bapa bayi sebagai pelombong, boleh jadi. Kita masih belum mendapat informasi penuh keluarganya,” kata Syarifuddin.

Difahamkan, kelahiran bayi bermata satu juga pernah berlaku di Mesir tahun 2015. Bayi tersebut lahir di sebuah hospital swasta di sebelah timur laut kota El Senbellawein, di Mesir.

Ketika itu, doktor menyebut kondisi yang disebut sebagai cyclopia. Ini adalah satu keadaan perubatan luar biasa yang dinamakan dari kisah raksasa bermata satu dalam mitologi Yunani.

Nama cyclopia diambil dari mitos pengembala raksasa yang tinggal di Sisilia. Raksasa itu memiliki satu mata bulat yang besar di tengah dahi. Cyclopia dikatakan berpunca oleh paparan radiasi di dalam rahim.

Bayi-bayi yang lahir dengan kondisi ini pada umumnya meninggal setelah lahir. Mata hanya satu dan tanpa hidung disebabkan oleh soket mata bayi yang tidak terbentuk dengan sempurna di dalam rahim.

Sumber : CNN Indonesia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.