Siakap Keli

Netizen Persoal Perkhidmatan Solat Hajat Dengan Bayaran, Ustaz Ini Kesal Dituduh Penunggang Agama

Tular baru-baru ini apabila lampiran kertas dengan tulisan ‘Perkhidmatan Solat Hajat’ tersebar di laman media sosial malah di peti surat penduduk setempat yang rata-rata mempersoalkan kredibiliti ustaz ini.

Ramai yang menganggap ia adalah sesuatu yang tidak wajar kerana seperti menggunakan agama bagi meraih keuntungan.  Ini kerana, iklan tersebut disertakan bersama harga yang spesifik bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan.  Segelintir netizen mengganggap individu atau ustaz ini sebagai penunggang agama kerana dilihat mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Menurut laporan media pula, individu yang merupakan seorang ustaz di Sungai Petani kesal dengan tohamahan yang dikenakan ke atasnya.  Turut berkhidmat sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah di Sungai Petani, dia memberitahu bahawa perkhidmatan tersebut telah dilakukan sejak 2010 lagi.

Walaupun telah memberitahu orang yang meminta bantuan bayaran hanyalah seikhlas hati, namun katanya, mereka masih bertegas mengenai harga setiap perkhidmatan yang diberikan.  Jadi menurutnya, harga tersebut adalah harga kebiasaan mengikut kemampuan.

Kesal dengan persepsi masyarakat yang mengganggapnya sebagai penunggang agama, dia memberitahu bahawa bayaran itu sebagai derma seikhas hati.  Menurutnya lagi perkhidmatan tersebut dijalankan sebagai sumber pendapatan sampingan selain dapat membantu golongan yang memerlukan.

Pun begitu, segelintir netizen masih berpendapat bahawa ia sesuatu yang tak boleh diterima.

Nur Farra