Siakap Keli

”Sebab Aku Ni Gemuk Hari-Hari Kau Bersungut,” Putus Tunang Angkara Orang Ketiga, Gadis Ini Luah Rasa Kesal

Apabila sesebuah perhubungan sudah memasuki fasa pertunangan, pastinya setiap pasangan mengimpikan untuk mengakhiri ikatan tersebut di jinjang pelamin. Namun, ramai pasangan berdarah manis tidak dapat meneruskan hubungan atas sebab-sebab yang tidak dielakkan. Benar, ujian bertunang itu seringkali meruntuhkan sebuah hubungan yang dibina, tetapi kalau sudah jadi seperti kes ini, bagaimana mahu dipertahankan lagi?

Seperti gadis ini yang meluahkan rasa kesalnya apabila tunangnya bermain kayu tiga. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa penjelasan sedangkan gadis ini sudah mengetahui tunangnya itu menjalin hubungan dengan wanita lain.

Ketka dihubungi, Syahida Nafisya juga menyatakan bentuk fizikalnya juga sering diperkatakan hampir setiap hari kerana tunangnya itu sering memintanya menurunkan berat badan. Jelasnya lagi, dia tidak mahu gadis lain menjadi mangsa kepada lelaki hidung belang ini. Ikuti luahannya seperti di bawah.

Terima kasih Ya Allah kerana kau telah tunjuk.. Alhamdulillah aku bersyukur. Ini lah manusia yang tak pantas aku maaf kan.. ya Allah aku terima dia dengan elok dia buang aku macam sampah masyarakat.. 
Kerana kesilapan aku tak munasabah dia buang aku macam sampah masyarakat.. Subhanallah. Aku ada hati aku ada perasaan bukan tunggul kayu. Aku sanggup tunggu kau selama 5 minggu, lepas salah faham. Alasan kau kesilapan aku itu kau tawar hati.. dan cakap mungkin ini ujian bertunang ..

Tapi kau sendiri cakap kau pun tak nak main tawar Hati. Kau suruh aku berdoa tapi usaha kau mana.. Ya Allah, kau suruh aku jangan berubah tapi tak sampai seminggu kau berubah ada perempuan lain.. Bila ditanya tak dijawab. Bencinya kau terhadap aku.

Aku nak diamkan diri tapi kau buat aku macam sampah masyarakat yang tak ada perasaan Kau ini manusia jenis apa? Sebab aku ini gemuk, dulu hari-hari kau bersunggut ”Bila nak diet..” Maknanya kau pun tak boleh terima kekurangan aku dan dapat perempuan yang kurus…

Masa sebelum bertunang kau selalu cakap semua kawan-kawan kau tahu.. kau cakap serius, aku nak bertunang dengan kau dan janji jangan main-main. Tapi hakikatnya kau itu yang main-main.. kau mula-mula takut malu dengan kawan-kawan sebab takut tak jadi.

Aku sabar ada tahap. Kalau putus tunang sebab benda lain aku tak kisah tapi sebab kau ada perempuan lain. Dua kali aku tanya kau kalau ada perempuan lain sila jawab jujur.. Perempuan dengan lelaki sekarang sama je tak boleh dipercayai.. Kau manusia jenis apa? aku bukan nak mengaibkan kau tapi aku minta kerjasama tapi kau tak berterus terang..

Tapi aku bersyukur sangat Allah dah tunjuk awal-awal perangai sebenar kau Mohd Azrie… Allah maha adil. Kau sanggup buat macam ini.. kata putus dari kau langsung tak ada bila ditanya. Hanya tinggal bluetick.. Aku pernah cakap berani kerana benar takut kerana salah..

Kalau nak buang pun buanglah dengan cara elok buat aku macam tak ada keluarga. Bertepuk sebelah tangan tak akan bunyi.. Betul tak? Bahagialah kau sampai bila.. Bila silap kau, orang tak akan pandang tapi bila silap aku orang akan pandang.. Terima kasih banyak untuk semua ini, bersemutlah kau ye…

Tak habis-habis suruh diet.

Diet jangan lupa.

Akhirnya ‘kantoi’ apabila berhubungan dengan perempuan lain.

Sumber : Syahida Nafisya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.