Siakap Keli

Berita Baik, ASTRO Sah Dapat Hak Siar Liga Juara-Juara Eropah

Berita yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak seluruh negara, Astro Awani melalui satu tweet sebentar tadi mengesahkan Astro akan membawakan siaran langsung Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang akan bermula awal pagi nanti.

Sejak semalam, rata-rata peminat bola sepak tanah air dihimpit rasa bimbang bercampur kecewa apabila beberapa siri tweet daripada pihak Astro membayangkan yang mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan hak penyiaran perlawanan paling kompetitif peringkat kelab Eropah itu.

Antara penjelasan yang diberikan sebelum ini adalah berkaitan dengan harga bidaan yang meningkat dan Astro terpaksa membuat keputusan sama ada mahu membeli hak penyiaran dimana ada kemungkinan caj tambahan dikenakan kepada pengguna atau sebaliknya.

UCL membuka gelanggang awal pagi Rabu yang mempertemukan jaguh Sepanyol, Barcelona menentang wakil daripada Eredivisie, PSV Eindhoven. Antara perlawanan lain yang turut berlangsung adalah wakil England, Hotspurs yang berhadapan dengan Inter Milan di gelanggang lawan.

Namun, perlawanan yang paling dinanti-nanti adalah pertembungan antara juara lima kali UCL yang juga naib juara musim lepas, Liverpool yang menanti kunjungan kelab himpunan bintang daripada Ligue 1, Paris Saint Germain.

Apa pun, terima kasih Astro.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.