Siakap Keli

Bimbang Rambut ‘Mohawk’ Boleh Cederakan Rakan, Budak Enam Tahun Dilarang Ke Sekolah Selagi Tak Tukar Gaya Rambut

Seorang kanak-kanak lekaki berusia enam tahun dilarang ke sekolah kerana memiliki stail rambut mohawk yang dibimbangi boleh mencederakan kanak-kanak lain.

Ibunya, Kirstie-Lea Day, 26, berang dengan keputusan yang diambil oleh pihak Sekolah Rendah Drayton Park di Bletchley dan berkata ianya berpunca dari gaya rambut punk anaknya, Charlie Chafer.

Menurut Kirstie, pihak sekolah memintanya untuk hadir ke sekolah dan memberitahu bahawa Charlie tidak dibenarkan ke sekolah selagi tidak menukar gaya rambutnya.

Jelasnya, ada guru yang mencadangkan supaya rambut anak lelakinya yang ‘pacak’ itu dicukur.

Bagaimanapun, Kirstie berpendapat bahawa rambut Charlie cukup kemas dan tidak membahayakan orang lain.

“Tidak adil untuk Charlie menjadi murid tunggal yang rambutnya perlu dicukur, sedangkan gaya rambut mohawk anaknya itu kemas dan tidak membahayakan pelajar lain,” ujarnya.

Ibu kepada tiga anak ini bercadang untuk memindahkan anaknya ke sekolah lain berikutan pihak sekolah menganggap gaya rambut anak lelakinya tidak sesuai dan boleh mengganggu pelajar lain.

Selepas beberapa hari tidak ke sekolah, Charlie dikatakan masuk ke kelas tanpa memakai sebarang minyak rambut, tetapi guru di sekolah itu tetap membasahkan rambutnya dan disikat rata atas alasan ingin memastikan gaya rambut pelajar disitu kelihatan sama meskipun realitinya mereka memiliki pelbagai gaya rambut berbeza.

Sumber- Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar