Siakap Keli

Graduan Proses Ganja Untuk Tujuan Perubatan Dijatuhi Hukuman Gantung, Nurul Izzah Buat Rayuan Pada Peguam Negara

Kes seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana memiliki, memproses dan mengedarkan minyak terapi berasaskan ganja untuk tujuan perubatan mendapat perhatian Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Menerusi satu portal berita, beliau memberitahu secara peribadi akan menulis rayuan kepada Peguam Negara, Thommy Thomas bagi mendapatkan pengampunan terhadap lelaki itu, Muhammad Lukman Mohamad, berdasarkan merit pada kes berkenaan.

Katanya kepada sumber, sudah tiba masanya untuk mengkaji definisi apa yang membezakan seseorang individu, pengedar, penagih atau pesakit yang memerlukan ganja untuk rawatan kerana ia semakin diterima ramai di banyak negara sebagai tumbuhan yang mempunyai banyak faedah, terutamanya rawatan pelbagai penyakit kronik.

Kisah Lukman tular sehingga ke luar negara baru-baru ini dan mendapat perhatian netizen apabila Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas lelaki itu ditangkap di kediamannya pada 7 Disember 2015 lalu kerana disyaki memiliki, memproses, dan mengedar dadah jenis ganja yang telah diolah dalam bentuk cecair (minyak).

Menurut sumber, rawatan alternatif itu yang dihasilkan Lukman telah membantu hampir 800 pesakit yang rata-ratanya telah sembuh setelah menggunakan produk tersebut. Sepanjang perbicaraan kes itu, peguamnya, Farhan Maaruf turut membawa saksi-saksi yang pernah mendapatkan khidmat perubatan minyak ganja daripadanya.

Di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, individu yang ditangkap memiliki 200 gram atau lebih ganja, akan dituduh di bawah pengedaran dadah yang membawa hukuman mati. Tetapi negara maju kebanyakan sudah memulakan trend ‘menghalalkan’ ganja untuk tujuan perubatan.

Baca : Graduan Hasilkan ‘Minyak Terapi’ Berasaskan Ganja Bakal Dihukum Mati, Dakwa Sudah Sembuhkkan Lebih 800 Orang Pesakit

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.