Siakap Keli

Kes Khianat Letak Jarum Dalam Strawberi, Beberapa Jenama Ditarik Balik

Polis New South Wales sedang menyiasat sekurang-kurangnya 20 jarum jahit ditemui didalam buah strawberi yang dijual di pasaran.  Kes pertama bermula di Queeland, Australia dan seterusnya merebak sehingga ke 8 wilayah lagi antaranya, New South Wales, Victoria, the Australian Capital Territory, South Australia dan Tasmania.

Beberapa jenama strawberi ditarik balik sebagai langkah berjaga-jaga seperti Berry Obession, Berry Licious, Love Berry, Donnybrook Berries, Delightful Strawberries dan Oasis.

Superintendan Detektif Danny Doherty berkata, “Motif masih tidak jelas. Siapa yang sanggup meletakkan strawberi didalamnya sedangkan buah-buahan ini selalu dimakan oleh kanak-kanak serta seisi keluarga?”

Sebelum ini seorang lelaki di Australia telah dikejarkan ke hospital selepas termakan ‘strawberi berjarum’ dan ekoran itu, kerajaan telah menawarkan ganjaran sebanyak AS$100,000 kepada yang memberi maklumat.

Selain strawberi, buah epal hijau yang telah dikupas juga turut diletakkan jarum didalamnya tanpa motif tidak pasti.  Walau bagaimanapun pada isnin lalu, seorang wanita, 62 tahun ditangkap selepas dipercayai ingin mencucuk jarum ke dalam sebiji pisang di salah sebuah kedai di Mackay.  Wanita tersebut difahamkan mempunyai masalah mental dan telah dirujuk kepada pusat sokongan yang sesuai.

Buat masa ini, kerajaan meminta orang ramai agar memotong dahulu buah-buahan yang dijual sebelum memakannya secara terus.

Sumber: The Guardian

Nur Farra