Siakap Keli

Main Kutu Satu Kesalahan, Denda RM500,000, Penjara 10 Tahun – PDRM

Mungkin ada diantara kita percaya bahawa permainan kutu ini bagus, kerana secara tak langsung ia dapat menggalakan kita daripada menabung terutama bagi mereka yang susah sangat nak simpan duit atau menghadapi masalah pengurusan kewangan.

Pun begitu, dalam arus perdana yang semakin moden, permainan ini dijalankan secara online.  Melalui kaedah ini kutu boleh ditukar bukan hanya duit malah percutian, barangan digital malah perabot.  Apa yang tak bagusnya kutu online ini adalah kita tak tahu siapa ‘kepalanya’.

Risiko pertama, jika salah seorang menarik diri, keseluruhan sistem akan gagal, dan risiko kedua pula, bagaimana jika duit itu dilarikan tanpa ada perjanjian hitam putih?

Oleh itu Facebook milik Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police hari ini telah mengeluarkan kenyataannya bahawa permaianan kutu adalah dilarang disisi undang-undang serta sudah termaktub dibawah Akta Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971.

Siapa suka main KUTU ?? Baca dan sebarkan knowledge ini.

Di bawah Sek 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971

‘Salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu’

Salah di sisi undang-undang bagi mana-mana orang untuk menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

So, lepas ni kalau ada ibu kutu yang lari, jangan cakap admin tak payung info bagi tau permainan KUTU itu DILARANG.

Tetapi jika ibu kutu lari, anda tetap boleh buat repot Polis di balai berhampiran dan kebiasaannya kes ini akan dipindahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disiasat.

Ini adalah contoh kes-kes yang disiasat oleh agensi / badan lain selain PDRM.

#beSmart
#CyberCrimeAlert
#PDRM

Nur Farra