Siakap Keli

Nombor Siri Buktikan Misil BUK Tembak Jatuh MH17 Milik Ukraine – Rusia

Salah seorang pegawai tertinggi Tentera Rusia mengeluarkan kenyataan pada Isnin bahawa peluru berpandu yang menembak jatuh pesawat MAS, MH17 serta mengorbankan kesemua 298 penumpang didalamnya pada 2014 berasal daripada senjata milik Ukraine.

Pesawat berkenaan di tembak jatuh menggunakan peluru berpandu keluaran era Soviet daripada wilayah yang dikawal puak pemberontak di Ukraine, kira-kira 25 kilometer daripada sempadan Rusia yang sebelumnya menyaksikan pertempuran sengit berlaku antara Tentera Ukraine dengan angkatan bersenjata pemberontak yang didakwa disokong Rusia.

Mei lalu, pasukan penyiasat antarabangsa yang diketuai Belanda dan Australia berkata pihaknya percaya perluru berpandu berkenaan dipindahkan ke Ukraine daripada gudang senjata di Kursk, Rusia.

Leftenan Jeneral Nikolai Parshin

Rusia bagaimanapun sekian lama menafikan sekeras-kerasnya penglibatan pihaknya dalam insiden tragik berkenaan selain turut mengeluarkan pelbagai teori yang secara umumnya meletakkan kesalahan tersebut di pihak Ukraine.

Leftenan Jeneral Nikolai Parshin, Ketua Direktori Perluru Berpandu dan Artileri Rusia berkata, pihaknya telah membuat penyiasatan serta mengubah status klafilikasi arkib di pusat penyelidikan luar Moscow yang menghasilkan misil BUK selepas pasukan penyiasat Belanda mendedahkan bukti berupa bahagian peluru berpandu yang digunakan dalam insiden berkenaan serta nombor sirinya.

Parshin berkata, arkib milik Rusia menunjukkan bahagian yang tertera nombor siri berkenaan telah dipindahkan ke wilayah barat Ukraine pada 1986, dan dalam pengetahuan pihaknya bahagian tersebut tidak pernah meninggalkan Ukraine.

Misil BUK

Ketika ditanya oleh wartawan mengenai kemungkinan perluru berpandu tersebut berpindah milik ke tangan pemberontak, Pashin berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang dokumen yang dapat membukti atau menafikan, namun meminta wartawan merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh pemerintah Ukraine sebelum ini yang menafikan mana-mana peluru berpandu miliknya di rampas oleh puak pemberontak.

Pasukan Siasatan Bersama, yang melibatkan negara-negara yang mempunyai rakyat menjadi mangsa dalam insiden tersebut dalam satu kenyataan pihaknya mengambil maklum dengan pendedahan yang dibuat oleh pihak Rusia.

Penyiasat berkata, mereka turut meminta maklumat mengenai nombor siri berkenaan daripada pihak Rusia sebelum ini namun tidak mendapat sebarang respon.

Sumber : The Washington Post

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.