Siakap Keli

”Pedih Weh, Sampai Koyak Helmet Aku Kena,” Taktik Keji Pasang Jerat Tali Pancing Untuk Samun Mat Motor

Pelbagai perkara keji sanggup dilakukan oleh penjenayah termasuklah membahayakan nyawa orang lain. Mereka ini tidak patut diberi muka dan layak dikenakan hukuman berat bagi memberikan pengajaran kepada orang lain agar tidak melakukan perkara yang sama.

Terbaru, seorang pengguna facebook Afiq Izwan berkongsi pengalamannya yang mengalami kecelakaan apabila terkena ‘perangkap’ ketika melalui sebatang jalan. Penjenayah memasang tali pancing agar penunggang motosikal jatuh ketika melalui jalan itu pada waktu malam sekaligus mereka dapat mengambil kesempatan menyamun individu tersebut.

Mujurlah, lelaki ini menunggang motosikal dengan perlahan dan hanya mendapat sedikit kecederaan pada tengkuk. Bayangkan mereka yang menunggang dengan laju? Akibatnya pasti lebih buruk. Keji betul taktik yang digunakan ini!

Bismillah.. MINTAK TOLONG VIRALKAN. PERHATIAN PENDUDUK GOMBAK, INI BUKAN BAHAN MELAWAK.

Klonologi kejadian :

6:30pm, 17/9/18 (isnin), Perhatian kepada penduduk GOMBAK especially yang guna susur masuk dari DUKE untuk masuk ke taman perumahan koperasi fasa 1 dan taman rowther.

Ini bukan cerita mitos tapi terjadi dekat diri sendiri. Ada manusia yang tak berhati perut telah memasang jerat dekat selekoh (refer gambar pertama).. Bagi orang yang tak tahu, ni adalah tali mancing yang permukaan dia sangat kasar.

Biasanya orang guna tali ni untuk menyamun budak moto yang lalu dekat laluan moto( Tol ).. Sebab tu ramai mat moto takut nak guna laluan moto bila malam sebab ni lah!

Pedih wehh! Sedangkan pakai helmet + bawak slow pun boleh sampai koyak helmet..Okay cuba bayangkan kalau ada orang yang tak pakai helmet tambah pulak bawak laju. Tak terkehel ke leher dia? Nampak macam remeh kan? Tapi yang remeh tu yang bahaya sebenarnya.

So reminder pada semua orang penduduk gombak untuk hati hati bila lalu kawasan ni terutama bila malam. JEMPUT VIRAL UNTUK KESELAMATAN SEMUA.

Sumber : Afiq Izwan

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di