Siakap Keli

Perlu ke ‘Insecure’ Sangat Untuk Menunjukkan Rasa Sayang Atau Itu Tanda Seseorang Tidak Percayakan Pasangan?

Bagi menjayakan sesuatu hubungan, setiap pasangan hendaklah berlandaskan kepercayaan. Tanpa kepercayaan, sesebuah hubungan itu tidak akan berlangsung dengan lancar.

Namun, bak kata papatah “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri” Adakah ada diantara anda termasuk orang yang sukar mempercayai pasangan sendiri dalam hubungan cinta?

Pertama sekali yang harus difikirkan ialah cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan kepercayaan dalam diri untuk pasangan.

Gambar :popmama.com

Mulakan Dengan Hal Remeh – Bagi hubungan yang baru terjalin, mereka mungkin belum mengenal pasangan masing-masing secara mendalam. Pupuk kepercayaan melalui satu ujian ringan terhadap pasangan, contohnya seperti meminta pasangan membelikan sesuatu dan jika pasangan anda dapat melakukannya dalam waktu yang diminta, maka bolehlah diteruskan dengan ujian yang lebih besar. Namun, janganlah sehingga melampaui batas(1).

Luaskan Cara Pemikiran – Luaskan cara pemikiran dan elakkan berfikiran negatif. Cuba untuk sentiasa berfikiran positif kerana ianya boleh meningkatkan kepercayaan terhadap pasangan(1).

Tingkatkan Kejujuran –  Kejujuran adalah hal yang sinonim dengan kepercayaan seseorang. Setiap pasangan haruslah menjadi seseorang yang jujur supaya pasangan juga ikut jujur(1).

Terdapat juga pasangan yang sering kali bertengkar hanya kerana maslah kepercayaan. Jika tidak diselesaikan, pelbagai masalah bakal berlaku dan menjejaskan kualiti dalam suatu perhubungan itu sendiri.

Untuk memastikan hubungan yang harmoni, kenal pasti jika anda mempunyai ciri-ciri mempunyai masalah kepercayaan dalam hubungan supaya hal ini dapat dielakkan dan memperbaiki diri dan hubungan.

1. Sentiasa memeriksa telefon bimbit pasangan – Hubungan cinta yang sihat dan kuat seharusnya boleh membuat dua orang di dalamnya merasa selesa dan harmoni(2).

2. Terus menyelidik tentang masa lalu pasangan – Anda merasa harus mengetahui segala hal tentang masa lalu pasangan. Jika hal ini dilakukan secara berlebihan, anda sebenarnya hanya mengganggu pasangan dalam hubungan cinta(2).

3. Terlalu insecure – Anda dan pasangan juga harus memiliki kehidupan masing-masing. Anda tidak boleh mengongkong pasangan untuk terus bersama dan tidak boleh pergi dengan orang lain. Dalam erti kata lain, setiap pasangan haruslah saling menghormati privasi masing-maing dan tidak salah untuk saling menjaga, tetapi janganlah sehingga membuatkan pasangan anda mula rimas(2).

4. Lapor diri setiap masa- Ini adalah masalah kepercayaan dalam hubungan cinta dimana seseorang akan terus-menerus meminta pasangan memberi khabar bagi setiap apa yang dilakukannya, di mana, dan apa aktiviti yang dilakukan(2).

Gambar :Katarzyna Apanasewicz-Tarka

Rasionalisme dan Emosi

Cinta dibina atas kepercayaan. Sebagai individu yang rasional, kita hanya boleh mencintai seseorang yang sudah kita percayai. Hubungan yang tidak berlabuh dalam amanah tidak dibuat untuk bertahan menghadapi ujian yang berat(3).

Keupayaan kita untuk memberikan diri kita kepada orang lain datang dengan jaminan balas. Pasangan yang saling percaya untuk dipercayai dan hanya dengan harapan untuk disayangi kembali(3).

Oleh itu, kepercayaan penting untuk mengukur hubungan seseorang dengan orang lain, dan dalam proses itu, kita memikirkan berapa banyak kita sanggup memberikan diri kita kepada orang lain(3).

Gambar :Mercury

Keterbukaan dan kelemahan dalam perbualan adalah sangat penting dalam kesediaan mereka untuk benar-benar membuka hatinya dan berkongsi apa yang sebenarnya mereka fikirkan(4).

Walaupun hal ini meletakkan risiko pada suatu hubungan, namun ianya akan berbaloi andai masing-masing memainkan peranan untuk saling toleransi dan saling mempercayai(4).

Bercakap membantu beberapa orang mengekspresikan emosi mereka, tetapi ada orang lain memerlukan masa bersendirian untuk menyusun perasaan mereka. Walaupun mengambil masa beberapa jam (atau bahkan beberapa hari) untuk pasangan anda membuka sesuatu cerita dan perbincangan emosi menunjukkan tahap kepercayaan yang mendalam(4).

Empat sebab utama untuk kerosakan hubungan adalah (5) :

  • tekanan kewangan
  • kesukaran komunikasi
  • nilai yang berbeza
  • kurang kepercayaan.

Kepercayaan melibatkan perasaan dan emosi, mempercayai diri sendiri dan pasangan serta pertimbangan  sendiri dengan mempercayai orang lain dan keupayaan untuk memaafkan apabila perjanjian dipecahkan. Amanah tidak boleh dibina jika seseorang bersedia dan orang lain tidak.

Gambar :Information Nigeria

Pasangan yang berkongsi hubungan yang berjaya akan menunjukkan kepercayaan dalam beberapa cara, termasuk cara-cara berikut:

  1. Mendengar dan menyokong satu sama lain.
  2. Menunjukkan pertimbangan dan penjagaan.
  3. Berpegang kepada satu sama lain bahawa anda tahu apa yang terbaik untuk diri anda sendiri.
  4. Menunjukkan rasa saling menghormati sempadan.
  5. Menjadi seseorang yang dipercayai oleh orang lain.
  6. Menyelesaikan konflik dengan cara yang sihat.
  7. Menyesuaikan antara perkataan dan tindakan.
  8. Tidak mengawal atau memantau satu sama lain secara berlebihan.
  9. Percayalah antara satu sama lain tidak kira di mana mereka berada atau siapa mereka berada.
  10. Ikatan yang ketat, kukuh.

 

 

Rujukan

  1. Baituljannah
  2. Liputan 6
  3. Thoughcatalog
  4. Reader’s Digest
  5. Strategy Psychology

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey