Siakap Keli

Rosmah Bakal Didakwa Dengan 20 Tuduhan Berkaitan Pengubahan Wang Haram?

Dalam salah satu laporan akhbar tempatan, isteri bekas perdana menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah dikatakan bakal berdepan dengan 20 dakwaan yang berkaitan pengubahan wang haram.

Kes ini mula dibuka semula oleh pasukan penyiasat sejak 3 bulan lalu sejurus jatuhkan kerajaan Barisan Nasional ketika pilihanraya lalu.  Siasatan ini berkaitan dengan beberapa dakwaan sumber tentang dana yang mencurigakan mengaitkan suaminya yang sebelum ini menemui jalan buntu.

Daripada beberapa maklumat yang tersebar, salah satu dakwaan adalah berkenaan produk anti penuaan daripada Amerika Syarikat yang bernilai 1 juta dipercayai dibeli menggunakan wang SRC International.

Transaksi pembayaran dikatakan dibuat pada tahun 2015 kepada seorang yang berpangkat Datuk untuk membeli 2 set ubat yang setiapnya bernilai RM500,000.

Menurut sumber, cek yang diberikan kepada doktor itu juga turut tertera nombor akaun yang sama dengan akaun bank AmIslamic milik Najib yang sudah pun ditutup sebelum ini.  Ia dipercayai ditutup selepas beberapa minggu bayaran dibuat.

Selain itu, beliau turut didakwa membeli makanan kesihatan daripada 100% bahan berasas tumbuhan bagi mengekalkan keremajaan untuk tujuan anti penuaan.  Susulan isu ini, 5 Jun lalu, Rosmah telah dipanggil pihak SPRM bagai menyoal siasat kes keatas SRC International yang merupakan syarikat subsidiari 1MDB dan Kementerian Kewangan pada tahun 2013.

Nur Farra