Siakap Keli

Tiada Lagi Pembaharuan Lesen Di Dalam MyKAD Bermula Hari Ini – JPJ

Melalui satu perkongsian di laman Fcebook, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memaklumkan tiada lagi pembaharuan lesen memandu di dalam MyKAD selepas 17 September 2018.

Menurut JPJ, keputusan itu dibuat kerana atas pelbagai faktor antaranya kekurangan alat pembaca kad pengenalan yang tidak menyeluruh bagi tujuan penguatkuasaan.

Justeru katanya, kerajaan melalui JPJ akan menggunakan pakai sepenuhnya lesen memandu fizikal bagi menggantikan lesen memandu yang terkandung di dalam MyKAD pengguna.

Selain itu, lesen memandu fizikal juga diperlukan bagi mana-mana rakyat Malaysia yang mahu memohon lesen memandu di luar negara.

Untuk jangka panjang, JPJ juga mempunyai cadangan untuk mengeluarkan lesen memandu digital menerusi aplikasi telefon pintar.

Sumber : JPJ Malaysia

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.