Siakap Keli

Tiada Siaran Langsung Liga Juara-Juara Eropah Untuk Peminat Bola Sepak Di Malaysia?

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai ura-ura tiada siaran langsung membabitkan perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Malaysia.

Untuk peminat bola sepak tegar, termasuklah kami di SK, berita kurang enak ini adalah sesuatu yang sangat mengejutkan memandangkan sepak mula saingan UCL akan berlangsung pagi nanti, tak lama dah. Jadual liga pun sudah disemak berulang kali, tidak mahu terlepas walau satu perlawanan pun, dan sudah tentulah perlawanan pembukaan yang paling penting.

Real Madrid lawan AS Roma, Barcelona lawan PSV Eindhoven, Inter Milan lawan Hotspurs dan yang paling dinanti-nanti adalah pertemuan naib juara musim lepas, Liverpool turun menentang kelab Perancis, Paris Saint Germain (PSG). Nak tengok kelibat Neymar. Mana boleh jadi kalau tak ada siaran langsung kan.

Maka perkara tersebut diajukan kepada syarikat televisyen berbayar negara, ASTRO yang selama ini memang sudah diketahui sebagai pihak yang diberi hak penyiaran dan tanggungjawab menyiarkan perlawanan UCL di Malaysia.

Malah, carian kami di platform media sosial seperti di Twitter juga berjaya menemui banyak tweet yang ditinggalkan oleh netizen antaranya dua tweet di bawah yang mengajukan soalan berkenaan tayangan perlawanan UCL di Malaysia.

Berdasarkan laporan portal berita tempatan semalam turut membayangkan perkara yang sama. Jika benar, ini memang satu kenyataan pahit yang perlu diterima oleh peminat bola sepak Eropah di Malaysia. Mungkin anda boleh berkira-kira untuk menonton perlawanan secara atas talian, yang bermakna anda perlu melanggan data yang besar. Duit lagi.

Astro melalui tweet balasnya kepada berkata pihaknya masih membuat rundingan untuk mendapatkan hak penyiaran bagi pasarannya di Malaysia, dan pada masa yang sama meminta para pelanggannya bersabar untuk sementara waktu.

Malah, portal berita bola popular tempatan, Semuanya Bola  yang berkongsi satu screenshot perbualan diantara seorang pengguna dengan Astro. Stesen televisyen berbayar swasta tersebut menjelaskan bahawa telah berlaku peningkatan terhadap pembayaran untuk mendapatkan hak penyiran.

Selain itu, Astro juga dilaporkan berkata pembayaran harga yang tinggi untuk mendapatkan hak penyiaran tersebut sebagai tidak relevan dengan keadaan ekonomi semasa. Sekiranya Astro berjaya mendapatkan hak tersebut, berkemungkinan kos yang meningkat akan dikenakan ke atas pengguna, sekaligus pengguna terpaksa membayar caj tambahan.

”Hai, kami memohon maaf berhubung perkongsian awal mengenai hak penyiaran Liga Juara-Juara UEFA sebentar tadi. Perbincangan mengambil masa yang lebih lama dari yang kami jangkakan memandangkan perbincangan perlu diadakan dengan banyak pihak.

”Bersabar, kami berusaha untuk melengkapkan perjanjian sebelum UCL bermula. Kami akan berkongsi maklumat terkini seberapa segera dengan anda,” kata Stadium Astro melalui tweetnya.

Tweet ini dipercayai merujuk kepada satu komen awal yang dibuat Stadium Astro untuk menjawab tweet yang dihantar oleh Jason Ong.

Memetik laporan daripada portal

Berdoalah, semoga Astro mendapat hak penyiaran dan tidak dikenakan sebarang bayaran tambahan sebelum awal pagi esok.

Sumber : Semuanya Bola

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.