Siakap Keli

Tiap Kali Makan Isteri Cakap Tak Pedas, Tapi Sebab Benda Ni Lah Dia Tanggung Azab Usus Perut Luka

Lazimnya masyarakat di Malaysia memang menggemari makanan pedas. Umpama tak ‘umphhh’ lah masakan jika tidak di hidangkan dengan penggunaan cili dan rempah yang akan membuatkan masakan itu menjadi pedas. Walau sampai merah muka dan menahan air mata kerana rasa pedas yang menyengat, tapi itulah yang sedap, betul tak? Tapi hati-hati, pedas jika diambil secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.

Seperti perkongsian pengalaman seorang pengguna facebook yang mungkin boleh dijadikan pengajaran bagi semua. Isteri kepada lelaki ini terpaksa menangung azab kesakitan yang teramat apabila usus perutnya luka akibat suka memakan satu jenama mee segera yang memang terkenal dengan rasa pedas. Bagi anda yang gemarkan makanan seperti ini, hati-hati lah bimbang kejadian seperti ini berulang. Cegah sebelum parah.

Ini kisah 3 tahun lalu. Abang nak ingatkan semua, isteri abang makan benda ni tiap-tiap minggu dalam masa sebulan usus perut jadi luka…ingat tak waktu tu semua orang kat Malaysia gila-gila buat Ram*n Challenge ni?

Gambar : Fb Otad Al Miko

Isteri makan habis sebekas, tiap kali makan katanya tak pedas sampai langsung tak minum air. Memang abang pun kagum nengok dia makan sambil tak perlukan air… Akhirnya kos dekat RM10 ribu (dalam 1 malam) untuk masukkan kamera dalam perut untuk mencari puncanya, kerana dah terguling-guling menahan kesakitan malam itu…

Kejarkan juga ke hospital swasta Colombia akibat ramainya orang di hospital Taiping waktu malam tu. Dalam kamera dan x-ray dapat tengok bahagian luka tu, doktor cakap kecik sangat tapi azabnya, Allah sahaja yang tahu.

Luka dibahagian usus amat bahaya kerana kawasan yg sentiasa basah dan sukar untuk sembuh lukanya, Makanan pedas dapat menyebabkan luka pada lapisan mukosa yang sensitif atau pada usus kecil yang biasa disebut duodenum (ulkus duodenum), kata doktor…

Punca kesakitan yang tak tertanggung tu disebabkan dinding usus atas luka akibat benda pedas ni… Hati-hati yer. Tanda-tanda luka tu mula-mula perut akan rasa susah nak sendawa dan rasa angin dalam perut… Lama-lama akan jadi sakit macam kena cucuk-cucuk kat hulu hati dan lepas tu baru berguling-guling menangis kesakitan.

Abang tak larang korang makan, nak makan pun makanlah, tapi kalau dah jadi macam isteri abang barulah sedar yang terlampau pedas boleh memudaratkan. Mungkin lain orang tahan dan mungkin ada orang tak tahan ususnya. Sebenarnya duit boleh dicari tapi kesihatan itu tiada gantinya. Lidah dan mulut mungkin tahan pedas tetapi dalaman belum tentu.

Sumber : Otad Al Miko

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di