Siakap Keli

Badan ‘Berketak-Ketak’ Selamatkan Nyawa Lelaki Ini Daripada Maut Digilis Trak Sampah 2 Tan

Seorang lelaki berkongsi kisah dimana seorang doktor yang merawat kecederaannya akibat digilis trak sampah percaya gaya hidup sihatnya sehingga mempunyai bentuk badan yang baik (six packs) telah menyelamatkan nyawanya daripada terkorban dalam kemalangan tersebut.

Jack Moore, 21, menjadi mangsa gilis trak sampah seberat 2 tan ketika dia bersama-sama bekas teman wanitanya sedang bersantai di sebuah taman rekreasi.

Sekurang-kurangnya dengan bantuan bentuk badannya yang berketak-ketak, Jack tidak kehilangan nyawa namun tetap mendapat kecederaan parah pada bahagian dalam badan seperti tulang rusuk patah dan paru-paru serta hati yang rosak.

Namun doktor yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawanya percaya gaya hidup sihat dan ketagihan senaman gym Jack telah menyelamatkan kejadian kerana bahagain perut yang digilis trak itu mempunyai banyak otot-otot pejal.

Ujar Jack yang kehilangan ‘six packsnya’ akibat menjalani pembedahan memberitahu dia bertuah kerana mempunyai banyak otot pejal sekaligus berjaya mengelakkan kecederaan yang lebih teruk.

”Doktor kata saya sangat-sangat sihat dan ia membantu tubuh saya untuk sembuh dengan cepat,” kata Jack.

Jack ketika berkongsi mengenai kemalangan tersebut berkata, seperti pasangan kekasih lain, dia dan bekas teman wanitanya hanya meluangkan masa untuk bersama-sama di sebuah kawasan padang. Dia hanya menyedari kehadiran trak berkenaan ketika jaraknya hanya kira-kira tinggal 1 kaki lagi sebelum digilis, menyebabkannya tidak sempat untuk menyelamatkan diri.

”Roda depan trak itu menggilis perut saya dan saya sangat trauma dengan kejadian tersebut. Ia adalah perkara terakhir yang saya bayangkan. Saya tidak merasa sakit sangat, mungkin kerana adrenalin mengalir pantas.

”Kemudian trak yang sama turut menggilis bekas teman wanita saya. Tayar trak itu dia atas perutnya sebelum pemandu bekenaan sedar dan mengundurkan kenderaannya kembali. Saya cepat-cepat bergerak keluar daripada bawah trak berkenaan, takut digilis sekali lagi,” kata Jack lagi.

Jack bernasib baik kerana ketika kejadian terdapat orang awam lain yang turut berada di kawasan sekitar. Ujar Jack, dia melihat perutnya berubah dengan kesan gilis dan kedudukan pusat yang beralih.

Menurut Jack, dia mungkin mengalami pendarahan dalaman yang lebih teruk sekiranya tidak ada sesiapa di situ untuk menghalangnya daripada bergerak. Lebih beruntung, kedudukan lokasi kejadian yang hampir dengan hospital turut membantu menyelamatkan nyawanya.

Sumber : The Mirror

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.