Siakap Keli

”Dia Minta Saya Tolong Bawa Beg Dia Melepasi Pemeriksaan Keselamatan Airport,” Lelaki Cerita Detik Hampir Jadi Mangsa ‘Kaldai Dadah’

Menjadi mangsa ‘scam’ atau dituduh keldai dadah di lapangan terbang adalah paling digeruni oleh semua orang. Manakan tidak, silap langkah boleh ke tali gantung jawabnya. Banyak kes yang sudah dilaporkan di media massa, ramai individu yang terpedaya dan langsung tidak menyedari sebenarnya mereka dipergunakan sebagai ‘keldai dadah’ atau ‘kambing hitam’ oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di facebook, Zainuddin Omar berkongsi pengalamannya yang hampir diperdaya oleh seseorang yang didakwanya professional drug mule atau pengedar dadah. Wanita itu yang berusia lingkungan 20-an, meminta beliau untuk membawa sebuah beg melepasi pemeriksaan keselamatan ketika berada di sebuah lapangan terbang luar negara. Mesti ada niat lain! Jadikan kisah ini sebagai peringatan, berhati-hatilah apabila berkunjung ke luar negara, jika tersilap langkah, terjerat lah kita.

Selepas checkin kami mencari tempat yang tiada ramai orang untuk dinner sandwich sardin (sardin lagi!!). Banyak seat berihat yang kosong kerana flight kami malam, memang tak ramai travellers di Vienna airport pada masa itu.

Sambil menikmati sandwich sardin, datang seorang perempuan duduk sebelah saya, walhal banyak lagi kerusi yang kosong. Dalam hati terlintas takkan ada orang nak ngorat saya dalam umor sebegini (mesti kembang wife saya bila dia baca ni). InsyaAllah saya tak mudah cair dengan ujian tiga “TA”. Saya bagitau rakan rakan,

“Korang tengok perempuan sebelah saya, mesti dia menyampuk sat lagi. She is up to something.”

Memang betul jangkaan saya kerana perempuan tersebut memulakan perbualan,

“Where are you going sir”

“Bangkok, you” saya bertanya balik secara polite.

“I am going to Colombo, can you help me sir”.

Saya dah agak dan memang dah bersedia memintas persoalan beliau.

“If you are asking for money, i am so sorry i can’t give you” ucap saya.

Memang dah banyak kali sebagai traveller saya terserempak dengan orang yang tidak dikenali terlalu baik dengan kita. Mesti ada udang disebalik mee.

“No No sir, i don’t want your money. I want your help to carry some baggage for me”.

Memandangkan saya ke Bangkok dan beliau ke Colombo sudah tentu kami berlainan flight. Dia nak minta saya tolong bawakan barangan dia melepasi security checkpoint. Dalam kepala saya, dah sah dia ini seorang professional drug mule.

“You know, it is very dangerous to carry someone’s baggage especially in airports. It could be illegal stuffs you are carrying. You know the consequences, right” saya bagitau dia.

“I am not saying you are carrying any illegal stuffs but if someone ask you to carry their baggage through security, would you do it” saya berleter lagi.

Saya nampak dia diam sahaja dan menarik bag beredar dari situ. Saya perhatikan beliau mundar mandir, agaknya mencari mangsa. “Dosa” paling besar di airport adalah membawa baggage orang lain tanpa anda ketahui apa didalamnya, apatah lagi dari orang yang tidak dikenali.

Terlalu ramai yang sudah terkena tahan dan merengkok dalam penjara atau dihukum mati kerana membawa dadah dari sindiket drug mule ini.

Pernah ada satu tour agency Malaysia meminta tolong seorang dari guest mereka membawa satu barang ke Australia tanpa diberitahu apa barangannya. Beliau ditahan di airport kerana membawa barangan tersebut berupa Australian dollars melebihi dari had yang dibenarkan.

Adalah elok untuk kita berperangai baik tetapi ada masa perlu berkurang ajar terhadap mereka yang cuba menggunakan kita.

Sumber : Zainuddin Omar

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.