Siakap Keli

Hujan Lebat Dan Ribut Petir Dijangka Berterusan Sehingga Isnin

Semenjak dua menjak ini Kuala Lumpur antara kawasan yang kerap mengalami hujan dan angin kuat.  

Menurut laporan ramalan kaji cuaca Jabatan Meteorologi, hujan dan ribut petir akan berlarutan di beberapa negeri seperti di Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Selangor antara negeri yang diramal akan berhadapan dengan ribut dan hujan sehingga isnin depan manakala kawasan sekitar Kuala Lumpur dijangka mengalami cuaca yang sama sehingga Sabtu ini.

Nur Farra