Siakap Keli

Kementerian Tak Nafikan Harga Telur Naik Lebih Tinggi

Sejak 1 September lalu, seiring perlaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), terdapat beberapa barangan yang mengalami kenaikan harga drastik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan selepas perasmian satu majils di ibu kota mengakui telur antara yang mengalami kenaikan harga tinggi berbanding 30 produk utama lain seperti minyak dan tepung.

Beliau menggesa orang ramai untuk membantu kementerian jika terdapat peniaga yang menaikkan harga secara melampau supaya langkah penguatkuasaan dapat diambil kepada mereka ini.

Menurut laporan media, beliau berharap dapat memanggil kesemua para pembekal untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan kenaikan harga yang lebih tinggi.  

Sebelum ini Saifuddin memberitahu harga telur gred B dan C meningkat selepas SST dilaksanakan.  Ini kerana telur gred tersebut merupakan antara barangan harian yang paling banyak di beli oleh pengguna di pasar raya seluruh negara.

Nur Farra