Siakap Keli

Kemiskinan Tegar, Gadis Di Kenya Terpaksa Jual Diri Kepada Lelaki Lebih Tua Demi Dapatkan Tuala Wanita

Kemiskinan tegar dan ketiadaan wang untuk membeli keperluan memaksa gadis di Kenya untuk menjual tubuh mereka kepada lelaki yang lebih tua demi mendapatkan tuala wanita.

Kajian Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (Unicef) mendapati, 65 peratus wanita di Kibera, kawasan miskin terbesar di Afrika terpaksa melakukan hubungan intim demi mendapatkan produk tersebut.

Menurut kenyataan dari Ketua Sanitasi Unicef Kenya, Andrew Trevett,  terdapat dua sebab utama yang membuatkan gadis-gadis Kenya melakukan hubungan intim dengan pemandu teksi motor (boda boda).

“Sebab utama adalah kemiskinan, gadis dan wanita di Kenya tidak mempunyai wang untuk membeli produk kebersihan feminin termasuk tuala wanita.

“Namun, terdapat juga isu bekalan. Bagi gadis yang tinggal di kawasan terpencil, produk tersebut tidak terdapat di kampung mereka, ketiadaan kemudahan pengangkutan atau wang tambang turut menyukarkan keadaan.

“Mereka terpaksa bergantung kepada pemandu boda boda untuk menghantar bekalan tersebut, namun pemandu akan mengambil kesempatan dengan meminta gadis melakukan hubungan intim dengan mereka,” jelas Trevett.

Sementara itu, Unicef turut mendedahkan, 65 peratus gadis Kenya menghadapi masalah untuk mendapatkan produk kebersihan feminin dan 22 peratus pelajar sekolah terpaksa membelinya sendiri.

Keadaan itu menjadi isu besar di Kenya selain mendapati 7 peratus dari golongan wanita di sana terpaksa menggunakan bulu ayam, kain buruk, lumpur serta kertas bagi menggantikan tuala wanita.

Malah lebih teruk apabila terdapat dari mereka yang sampai mengorek lubang dan tidak berganjak dari situ selama beberapa hari ketika datang bulan.

Sumber: Independent

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar