Siakap Keli

Kenapa Selalu Sakit Tekak? Lihat Tujuh Masalah Ini Yang Mungkin Jadi Penyebab Anda Diserang Virus Ini

Kesakitan pada tekak merupakan keadaan yang akan berlaku tiap kali kita dijangkiti virus atau bakteria. Keadaan ini sangat mengganggu kegiatan seharian kita apabila ianya terjadi kerana penghidapnya akan berasa perit pada bahagian tekak selain menjadi batuk-batuk, hilang suara dan tubuh lemah.

Orang dewasa yang mengalami simptom ini pasti tahu betapa sakit ini membuatkan kita menjadi tidak selesa. Ia juga dikenali sebagai tonsillitis jika melibatkan kedua-dua bahagian tonsil iaitu bengkak dan kemerahan amandel, isu lembut di belakang bahagian mulut.

Sakit tekak ini boleh dikatakan berpunca dari jangkitan virus yang tidak serius dan boleh pulih dengan sendirinya. Tetapi, kita tidak seharusnya hanya memandang enteng jika dijangkiti virus ini terutamanya pada kanak-kanak. Berusahalah mengubatinya dan sekiranya berlarutan, segera ke klinik atau hospital untuk rawatan lanjut.

Entri kali ini akan berkongsi penjelasan dari Dr Ezairy M.Sallih tentang penyebab sering terjadinya sakit tekak ini.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Kenapa selalu sakit tekak?

Masalah ini selalu dialami oleh pesakit-pesakit saya. Ada yang menyalahkan tonsil, tidak kurang mengatakan makanan sebagai penyebabnya.

Betul ke?

Beberapa sebab saya akan berikan kali ini. Lihat 7 masalah di bawah:

1. Masalah tonsil

Jangkitan pada tonsil atau dipanggil sebagai ‘acute tonsillitis’ akan menyebabkan pesakit mengalami masalah sakit tekak, kesukaran ketika menelan, demam dan gejala berkaitan.

2. Jangkitan pada kawasan tekak

Acute pharyngitis iaitu jangkitan pada bahagian tekak boleh berlaku dan mengakibatkan masalah sakit tekak. Berbagai-bagai puncayang menyebabkan ia boleh berlaku sama ada jangkitan virus, bakteria dan sebagainya.

3. Masalah hidung

Pernah kan kita temui pesakit sinusitis atau resdung turut mengalami masalah sakit tekak? Kerap tidak selesa pada tekak. Rasa ada sesuatu tidak seronok ketika menelan. Mukus daripada hidung akibat masalah resdung yang tidak terkawal boleh mengalir ke belakang dan menyebabkan jangkitan pada tekak juga. Kawal masalah sinus anda!

4. ‘Foreign body’

Kadang-kadang pesakit tak sedar. Selepas makan ada tertinggal tulang ikan pada tekak. Rasa tak selesa dan mencucuk-cucuk pada tekak. Bawa periksa doktor, kami akan keluarkan.

5. Quinsy atau peritonsillar abscess

Pengumpulan nanah pada sekitar kawasan tonsil atau dipanggil ‘quinsy’ boleh berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengalami sakit tekak teramat sangat, sukar menelan, sehingga sukar untuk membuka mulut. Nanah ini perlu dikeluarkan segera.

6. Tonsilolith atau tonsil stone

Anda akan perhati sesuatu keputihan atau tidak normal pada salah satu tonsil anda. Akibat daripada serpihan makanan yang tertinggal atau terlekat pada tonsil, lama-kelamaan ia akan menjadi tonsil stone. Sesetengah pesakit tidak menyedari keadaan ini, namun ada kes dimana pesakit kan mengalami kesakitan teramat sangat. Ia perlu dikeluarkan.

7. Ulser pada tekak.

Ini juga boleh ditemui di kalangan pesakit. Jangkitan kuman, traumatic cause dan sebagainya boleh menyebabkan ia berlaku. Periksa doktor jika anda alami maslah sakit tekak.

Rawatan sakit tekak bukan hanya bergantung ubat antibiotik. Doktor perlu merawat puncanya, baru masalah boleh selesai.

Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar