Siakap Keli

Saudi Kini Benarkan Jemaah Lawat Semua Bandar Di Negaranya Guna Visa Umrah

Baru-baru ini Saudi Arabia mengumumkan jemaah haji luar yang menunaikan umrah boleh melawat semua bandar di negara tersebut hanya dengan menggunakan visa umrah mereka selama 30 hari, menurut laporan daripada media tempatan, Al Arabiya.

Walau bagaimanapun, 15 hari mesti dihabiskan dengan melawat dua masjid besar di Makkah dan Madinah dalam tempoh 30 hari tempoh visa berkenaan, kata Abdulaziz Wazzan, Ketua Kementerian Haji dan Hal Ehwal Umrah.

Kenyataan rasmi tersebut menyebut, umrah dibuka untuk semua umat islam selama 10 bulan dan Saudi Arabia turut mengalu-alukan kehadiran semua umat islam serata dunia.

Tambahnya lagi, seramai 8.5 juta visa umrah dijangka akan dikeluarkan dalam tempoh 10 bulan. Tahun lepas sahaja, lebih daripada 7 juta visa telah dikeluarkan.

Difahamkan, langkah tersebut diambil kerana Saudi Arabia ingin mempromosikan industri pelancongan negara tersebut.

Sumber : Saudi Expat

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.