Siakap Keli

Selepas Tok Pa, Seorang Lagi Orang Kuat UMNO Umum Keluar Parti

Sejak semalam, melalui laporan portal berita tempatan, dunia politik Malaysia terus dihimpit isu panas apabila beberapa orang ahli Parlimen pembangkang atau lebih tepat, wakil rakyat daripada UMNO termasuk bekas Menteri kerajaan terdahulu dilaporkan ‘angkat kaki’ daripada parti berkenaan.

Yang paling awal dilaporkan meletak jawatan dan keluar daripada parti berkenaan adalah Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang sebelum ini merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berbuat demikian setelah 40 tahun bersama-sama dengan perjuangan parti itu.

Antara alasan yang diberi seperti laporan portal berita berkenaan adalah perjuangan UMNO kini tidak lagi selari dengan prinsipnya dan parti itu dilihat tidak mahu berubah.

Kurang 24 jam kemudian, seorang lagi bekas Menteri merangkap Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman turut membuat keputusan yang sama.

Berdasarkan laporan portal berita berkenaan lagi, ada kemungkinan lebih ramai ahli parlimen pembangkang yang akan turut mengikut jejak langkah yang dibuat oleh dua bekas Menteri di atas.

Presiden UMNO ynag juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Zahid Hamidi turut memuat naik satu kenytaan media melalui akaun Twitter rasmi Barisan Nasional yang menyifatkan ia sebagai dikesalkan.

Menerusi kenyataan media yang sama juga beliau menyatakan bahawa pucuk pimpinan yang baru parti berkenaan sudah membuat pelbagai perubahan bagi memastikan UMNO terus relevan.

”UMNO mengambil pendirian menerima keputusan mereka dan kita menghormatinya. Kita ucapkan selamat maju jaya. Semoga jalan pilihan mereka memberi kepuasan buat diri mereka,” kata kenyataan itu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di