Siakap Keli

SpaceX Dedah Jutawan Jepun Penumpang Pertama Dibawa ‘Ronda’ Bulan

SpaceX milik Elon Musk dalam satu pengumuman telah mendedahkan penumpang pertama yang akan dibawa ke angkasa mengelilingi bulan pada 2023 adalah merupakan seorang jutawan daripada Jepun.

Yusaku Maezawa, 42 dalam status Twitter miliknya mengumumkan perkara tersebut dan memberitahu bahawa beliau akan ke sana bersama rakan artisnya yang lain.  Maezawa sebelum ini pernah menjadi bualan hangat apabila membayar RM410, 974, 150 untuk sebuah lukisan daripada artis Jean Michel Basquiat dalam satu lelongan di New York.

Beliau dijangka akan menaikit roket jenis Big Falcon (BFR) yang merupakan sebuah sistem pelancaran yang diperkenalkan Elon Musk pada tahun 2016.  Misi ini bakal menyaksikan lawatan pertama manusia ke bulan sejak Apollo 17 Nasa, 1972.

Menurut SpaceX, misi ini merupakan satu langkah mereka ke arah pembukaan akses untuk setiap orang yang mempunyai impian melakukan perjalanan ke angkasa.

Maezawa dikatakan akan menjemput 6 hingga 8 artis lagi dari seluruh dunia untuk menyertai dalam perjalanan mengelilingi bulan itu.

“Mereka akan diminta mencipta sesuatu karya selepas kembali ke Bumi.  Karya tersebut akan memberi inspirasi kepada setiap daripada kita semua yang berhajat ingin ke angkasa.”

“Maezawa dalam lawatan tersebut tidak akan mendarat di Bulan, beliau hanya akan mengembara mengelilingi angkasa dan sekitarnya.”

Setakat ini, seramai 24 orang manusia yang pernah dibawa ke bulan dan semuanya adalah dari warga Amerika.  Menurut SpaceX, BFT tidak pernah terbang, namun Musk telah mengeluarkan beberapa butiran teknikal  yang dijangka mempunyai ketinggian 118 meter dengan diameter 9 meter.

SpaceX sebelum ini telah mempromosikan perjalanan ke bulan yang dibiayai oleh penumpang sendiri pada Feb, 2017.

Tidak dinyatakan berapa bayarannya, namun dikatakan ramai yang serius melakukan misi tersebut.

Sumber: BBC

Nur Farra