Siakap Keli

”Uwais Koma 3 Hari,” Kuman Merebak Ke Paru-Paru Hampir Ke Otak Anak Hanya Kerana Sedikit Kekhilafan Kecil Ibu

Seringkali kita mendengar kes bayi jatuh sakit berpunca daripada jangkitan kuman. Salah satu sebab yang boleh menyebabkan jangkitan ini berlaku adalah bayi yang masih kecil berada hampir dengan individu yang tidak sihat. Sistem imun bayi yang masih lemah menyebabkan mereka boleh dijangkiti. Mungkin bagi kita hanya demam atau batuk biasa, tapi bagi bayi kesannya hingga boleh membawa maut.

Perkongsian daripada Puan Norul Mohd ini mungkin boleh dijadikan pengajaran bagi ibu bapa lain. Bayinya mengalami jangkitan kuman dalam badan yang sudah merebak ke paru-paru hingga hampir sampai ke otak dalam masa sehari sahaja. Puncanya kerana kesilapan ibu ini sendiri yang terlepas pandang, tidak menutup mulut kerana mengalami batuk yang teruk.

Mujurlah dia sempat membawa anaknya ke hospital, jika tidak doktor memberitahu anaknya sudah tidak dapat diselamatkan lagi walau terlambat hanya sedikit. Ikuti kisah ini seperti di bawah.

Para ibu-ibu bapa-bapa yang bakal ada anak please baca! Saya share pengalaman saya dahulu dan tak mau terjadi sperti kes saya..

Empat tahun lepas.. Masa ni saya dalam pantang anak kedua. Saya melahirkn nik muhammad uwais secara normal dan teramat mudah tanpa kena gunting.. Uwais sihat walafiat masa keluar, tak ada masalah.

Dalam pantang, saya susu badan banyak sangat sampai bengkak. Kadang tu bila anak kedua kurang hisap susu, saya terpaksa suruh anak sulung tolong (hisap susu) kurangkan sakit bengkak susu kerana bila bengkak susu hanya ibu-ibu tahu azab dia, tak boleh sentuh terus senok.

Disebabkan bengkak susulah saya demam dan batuk non stop.. Kesilapan saya batuk tak tutup mulut(mask). Terkena dekat uwais.. Mula2 saya pelik kenapa uwais tiba-tiba kurang menangis dan mintak susu..

1 hari hanya 2 kali dia hisap susu badan tapi kena paksa dia bangun untuk hisap susu. Saya fikir dia kuning sampai sedap tidur tapi nak ke malam hati saya tak berapa enak.. Dia keras jerrr (hati ibu korang sendiri fahamlah)

Jam 12.30 tengah malam. Ambil keputusan pergi klinik intan. Sampai je sana doktor pun buat pemeriksaan dekat uwais.. Doktor tepuk-tepuk belakang uwais, uwais tak bangun dan keras dan sampaikan doktor sendiri pelik.

Dia cakap anak awak ni lain dah ni, saya tepuk kuat dia masih tak sedar.. Tapi masih bernyawalah masa tu.. Doktor klinik intan terus tulis surat untuk saya terus masuk kecemasan dekat hospital besar.. Sampai je dekat hospital besar KT, doktor pakar baby terus buat pemeriksaan dekat uwais.. Dia terkejut sebab 1 hari uwais tak hisap susu, sampaikan kering kulit uwais…

Dalam beberapa jam doktor pakar cek, dapatlah result dia yang kuman sudah merebak separuh paru-paru uwais dan hampir nak masuk ke otak.. Kalau saya pergi hospital lambat mungkin uwais dah tiada dekat dunia ni.. Uwais koma dalam 3 hari macam tu. Seminggu jugak saya duduk dekat wad 6 icu seingat-ingat sayalah..

Syukur yang amat uwais sihat sampai sekarang, just demam-demam sikit tu biasalah… Kepada ibu-ibu bapa-bapa kawan-kawan kalau nak tengok baby pastikan anda sihat… Kadang tu baby sihat, kerana kecuaian kita baby tu yang kena tempias..

Jangan kecam saya sebab saya cuai batuk tak tutup mulut.. Saya masa tu tak tahu. Tak sangka uwais kena lebih teruk macam ni.. Masa ini juga banyak peristiwa yang saya tak boleh lupa sampai saya habis nyawa.. Tapi syukur sekarang apa yang terjadi ada hikmah..

Sumber : Norul Mohd

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.