Siakap Keli

(Video) Miliki Mata Bulat Cantik Persis Puteri Dalam Animasi Disney, Tapi Ramai Tak Tahu Mehlani Sebenarnya Menderita

Mehlani Martinez menghampiri usia dua tahun, dikagumi oleh sesiapa sahaja yang melihatnya kerana dia memiliki sepasang mata dengan mata hitam yang bulat besar dan sangat cantik, persis seperti watak-watak puteri dalam animasi Disney.

Tetapi siapa sangka, kecantikkan yang dimilikinya bisa meragut kebahagian suatu hari nanti. Mehlani sebenarnya mendapat kecantikkan tersebut daripada satu penyakit yang jarang-jarang berlaku akibat kecelaruan genetik, sindrom Axenfeld-Gieger. Mehlani sebenarnya berisiko untuk buta kekal suatu hari nanti.

Kanak-kanak yang masih tidak mengerti apa-apa itu sentiasa mendapat perhatian apabila berada di tempat awam, yang kagum dengan kecantikkan mata yang dimiliki. Namun bagi ibunya, Karina, dia lebih khuatir dengan masa depan anaknya dan berhajat untuk menerangkan keadaan sebenar kepada anaknya itu apabila dia meningkat dewasa.

Ujar Karina, ketika Mehlani dilahirkan, mereka melihat mata Mehlani sebagai satu anugerah dan keluarganya merasa sangat gembira dengan kecantikkan yang dimilikinya. Walaupun ada yang perasan dan merasa curiga dengan saiz mata hitam Mehlani, namun tiada siapa pun yang bercakap mengenainya ketika itu.

Bergantung terhadap tahap keseriusan, penghidap sindrom Axenfeld-Gieger akan menunjukkan tanda-tanda yang jelas di peringkat awal lagi. Untuk kes Mehlani, dia didiagnosis dengan sindrom berkenaan seawal minggu pertama kelahirannya lagi.

Penghidap sindrom ini biasanya mempunyai iris yang sangat kecil ataupun hampir tiada iris membuatkan mereka kehilangan bahagian bewarna pada mata masing-masing.

Pada bahagian tengah mata ataupun pupil, berkemungkinan terjejas atau tidak berada di tengah ataupun mempunyai bentuk yang tidak sempurna. Dalam sesetengah kes, ada juga penghidap sindrom ini mempunyai pupip berganda.

Cahaya memasuki mata melalui pupil, ini menyebabkan kanak-kanak seperti Mehlani yang mempunyai bentuk pupil luar biasa menjadi sangat sensitif kepada cahaya.

Pada bahagian mata kiri Mehlani, dapat dilihat kewujudan iris, namun di bahagian kanan mata kanak-kanak berkenaan, jika dilihat sekali imbas, orang ramai hanya dapat melihat kewujudan pupil sahaja.

Jadi setiap kali Mehlani ingin dibawa bersiar-siar di luar walaupun untuk tempoh seketika, Karina akan memastikan anaknya itu memakai cermin mata hitam bagi mengelakkan pendedahan melampau cahaya matahari terhadap mata anaknya.

Lebih teruk, Karina turut memaklum bahawa Mehlani mempunyai kemungkinan sebanyak 50 peratus untuk berlaku pembentukan glaucoma, iaitu peringkat kedua sindrom berkenaan.

Galaucoma adalah penyakit yang berpunca daripada kewujudan tekanan berterusan pada ruang bahagian depan mata yang boleh merosakkan saraf mata sekaligus membawa kepada kemungkinan kehilangan deria penglihatan.

”Seumur hidup, saya tidak pernah mendengar siapa pun yang dilahirkan dengan masalah seperti Mehlani,” kata Karina ibunya kepada media.

Karina bagaimanapun bersyukur apabila pembedahan yang dilakukan ke atas mata Mehlani ketika bayi berkenaan berusia 5 bulan setidak-tidaknya dapat memastikan Mehlani masih berupaya untuk melihat sehingga kini.

Ujar Karina lagi, apabila anaknya menanggalkan cermin mata, dengan serta merta orang ramai tertarik dan bercakap mengenai keindahan dan keunikkan mata Mehlani. Pernah, dia merasa keliru sama ada mahu menerima pujian tersebut dan berdiam diri ataupun berusaha memberi penjelasan kepada mereka mengenai keadaan sebenar Mehlani.

”Orang ramai selalu memuji mata Mehlani; cantik, comel dan sebagainya tetapi saya berhadapan dengan konflik kerana cakap-cakap begitu juga bermakna mereka perasan ada yang tidak kena dengan mata anak saya.

”Paling saya risau jika kanak-kanak lain yang sebayanya suatu hari nanti perasan dengan perbezaan tersebut dan menegurnya. Anda tahu, kanak-kanak bercakap secara terus terang. Namun saya memberitahu Mehlani untuk sekadar mengucapkan terima kasih setiap kali ada yang menegur matanya,” kata Karina lagi.

Sindrom berkenaan merupakan salah satu penyakit yang sangat-sangat jarang berlaku. Sehingga kini, Mehlani merupakan 1 daripada 200 ribu orang yang dikesan mempunyai sindrom yang sama.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di