Siakap Keli

Kenapa Bungkusan Kerepek Kentang Besar Tapi Isi Dalam Sikit? Jom lihat 5 Perkara Menarik Mengenai Kerepek Kentang

Sebut saja tentang kerepek kentang, mungkin sekarang ada diantara korang yang mula terasa lapar untuk menikmati kerangupannya. Ada yang masin, ada yang pedas, ada yang berperisa keju dan bermacam-macam lagi perasa ditawarkan dipasaran. Kerepek kentang atau sesetengah orang gemar memanggilnya potato chips ni boleh dianggap makanan wajib masa nak tengok TV dirumah, nak tengok perlawanan bola sepak, atau berkelah ditepi air terjun. Pehh, syahdu sungguh bila dengar bunyi krup krap krup krap diiringi perisa yang enak meresap ke lidah. Selain tahu makan, adakah korang tahu sedikit perkara menarik mengenai kerepek kentang ni? Kalau nak tahu, jom kita lihat 5 perkara menarik tentang kerepek kentang. 1. Kerepek kentang dikatakan tercipta pada 1853
George Crum
Cerita bermula apabila chef di Restoran Moon Lake House dipekan Saratoga bengang kentang gorengnya dikatakan terlalu tebal, basah dan tidak cukup masin. Pada satu ketika, chef tersebut iaitu George Crum, sengaja memotongnya secara nipis, dan menjemurnya sehingga kering serta masin. Ia kemudiannya dihidangkan kepada Vanderbilt, seorang pelanggan restoran, dengan harapan beliau akan marah. Tetapi perkara tidak diduga berlaku, Vanderbilt suka dengan hidangan tersebut dan sejak itu ia dikenali sebagai “Saratoga Chips”.
  2. Kenapa bungkusan kerepek kentang tidak penuh?
Setiap kali beli kerepek kentang, pasti ada dalam kalangan rakan-rakan yang menyebut, “Ni beli potato chip ke beli angin?”. Sabar, ada sebab pengeluar buat begitu. Kaedah ni dipanggil Slack Fill dimana bungkusan kerepek kentang dipam dengan angin bertujuan mengelakkan kerepek kentang pecah. Korang pasti mahu menikmati kerepek kentang dan bukannya serbuk kentang bukan? 3. Kajian mendapati bunyi rangup ketika kerepek kentang dikunyah membuatkan si pemakan berasa puas hati
Seorang professor dari Universiti of South Florida, William E. Lee, telah melakukan kaji selidik selama beberapa tahun tentang bunyi rangup kerepek ketika dikunyah. Kajiannya yang ditulis dalam laporan “Analysis of Food Crushing Sounds During Mastication”, menyatakan pemakan kerepek kentang akan mengunyah lebih kuat kerana bunyi yang terhasil itu memuaskan hati mereka. Lee turut menyatakan, jika pemakan kerepek kentang itu memakai headphone (tidak dengar bunyi kunyahan yang rangup), mereka akan lebih cepat bosan dengan snek yang dinikmati. 4. Bungkusan kerepek kentang terbesar di dunia sebesar sebuah kereta
Pada tanggal, 13 September 2013, Corker Crips telah mencatat rekod dunia bagi bungkusan kerepek kentang dengan berat lebih kurang 1141 Kg. Menyamai berat sebuah kereta!Dipenuhi dengan kerepek kentang, bungkusan itu berukuran 7.6m x 3.8m. Rekod ini berjaya tercatat dalam Guninness World Record. 5. Bunyi bungkusan paling kuat, lebih kuat dari bunyi motosikal
Jika korang berada dalam panggung wayang, pastinya korang mahu memperlahankan bunyi plastik bungkusan kerepek kentang sebab tak mahu mengganggu penonton yang lain.Tapi bagaimana kalau plastik itu sendiri terlalu bising? Pada tahun 2010, Sun Chips telah memperkenalkan sebuah bungkusan yang boleh dikitar semula. Walaubagaimanapun, bungkusan tersebut menghasilkan bunyi yang terlalu kuat dan setelah diuji, ia mencapai tahap 95 desibel.Masih tak boleh bayangkan? Jika pengubahsuaian ekszos motosikal melebihi had 75 desibel dianggap sebagai pencemaran bunyi, bayangkan bungkusan kerepek kentang pada tahap 95 desibel? Berani makan dalam panggung wayang? Bungkusan itu akhirnya dihentikan pada tahun 2011. Itulah serba-sedikit perkara menarik berkaitan snek kegemaran ramai. Tak dinafikan kerepek kentang dah mewarnai kehidupan kita sejak sekian lama. Bukanlah makanan ruji seperti nasi dan ayam, tetapi kerepek kentang ni boleh dikira sebagai pelengkap ketika melakukan aktiviti dengan keluarga dan rakan. Ada yang merajuk boleh dipujuk dengan kerepek kentang, ada yang tidak kenal boleh menjadi rapat dengan kerepek kentang.Kalau korang berada dalam perjalanan jauh dan berhenti di stesen minyak, sudah pasti kerepek kentang menjadi antara makanan pilihan dengan bermacam-macam perasa yang boleh dibeli. Contohnya seperti kerepek kentang dari Lay’s, apabila dimakan ibarat menambah rasa dalam kehidupan. Rasa apa? Rasa gembira mulut disuap dengan snek yang enak.
Bila sebut tentang perjalanan jauh, rasa-rasa ni semua, PepsiCo Sdn Bhd yang juga pengeluar kepada kerepek kentang Lay’s, Ruffles, Red Rock Deli, Doritos dan Lay’s Stax ada mengadakan satu pertandingan iaitu “Rasa Sayang Malaysia”. Sebanyak 29 pemenang akan dipilih setiap minggu bermula dari 1 September 2018 hingga 8 Oktober 2018 yang menawarkan baucar perjalanan bernilai sehingga RM2000.Bukan setakat boleh makan kerepek kentang korang juga boleh menang hadiah lumayan setiap minggu. Jadi, tunggu apa lagi, beli kerepek kentang Lays dan rasakan kemeriahan promosi “Rasa Sayang Malaysia” ini. Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke Facebook Lay’s Malaysia.

Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think