Siakap Keli

Bengang Dipecat Sebab Tak Balas Mesej Bos, Wanita Dapat Pampasan RM11 Ribu

Dibuang kerja merupakan perkara sukar yang harus dilalui oleh setiap pekerja, tapi korang tahu tak sebenarnya korang boleh ambil tindakan terhadap majikan sekiranya korang dibuang kerja dengan alasan yang tak munasabah?

Kejadian yang sama berlaku kepada seorang wanita Wang, dimana pada 2 Julai lalu dia  telah menerima mesej daripada majikannya pada pukul 10.23 malam dengan pesanan, “Saya mahukan laporan pendapatan bulanan semasa, kalau kamu tak menjawab mesej saya, kamu akan dipecat.”

Wang yang ketika itu tertidur tidak dapat membaca mesej tersebut pada masa yang sama.  Sejurus itu, majikannya menghantar pesanan mesej kepada ‘group WhatsApp’ lain dan memberitahu bahawa Wang sudah dipecat.

Wang yang bangun dengan terkejut keesokkannya menganggap bahawa pesanan itu bukanlah sesuatu yang serius.  Dia kemudian pergi ke pejabat seperti biasa tetapi mendapati dia benar-benar sudah dipecat.

Tidak puas hati dengan keputusan itu, Wang telah mengambil tindakan untuk meminta bantuan peguamnya sebagai pembelaan.  Selepas beberapa siasatan dijalankan, syarikat tersebut dikatakan telah melanggar peraturan undang-undang buruh di China.

Ini adalah kerana, di dalam undang-undang tersebut, sudah tertera bahawa majikannya tidak ada hak untuk mendesak Wang bekerja di luar waktu pejabat kerana jika demikian, Wang perlu dibayar sebagai bekerja lebih masa.

Wang menang kes tersebut dan diberi pampasan sebanyak RM11,000 daripada bekas syarikatnya.

Sumber: TVBS

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.