Siakap Keli

Siapa Yang Janji Kepada Mereka Gaji RM4,000 Sebulan Baru Bayar – KJ

Sebelum ini Tun Mahathir meluahkan rasa kecewa susulan beberapa peminjam PTPTN yang enggan membayar hutang sehingga menyebabkan hutang yang tertunggak kini menjadi sebanyak RM36 bilion.

Menerusi satu laporan media tempatan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegur sikap tidak jujur semua peminjam berkenaan yang tidak langsung mempunyai rasa bertanggungjawab apabila mereka diamanahkan dengan sesuatu hingga menyebabkan jumlah hutang terkumpul menjadi tinggi.

Ekoran isu ini, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan melalui laman Twitter miliknya menegur Tun supaya tidak perlu malu kerana kerajaannya sendiri yang membenarkan penghutang membuat penangguhan bayaran.
“Jangan malu Tun. Mereka tak perlu membayar hutang sehingga mencapai pendapatan RM4,000 sebulan.  Tambahan pula, ramai nama yang telah disenarai hitamkan ditarik balik oleh kerajaan anda.”

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.