Siakap Keli

JASA Tutup, 800 Kakitangan Bakal Hilang Kerja

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bakal dibubarkan 15 Oktober ini selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembubaran 5 badan kerajaan yang berbeza termasuk JASA ketika mesyuarat kabinet pertama sejurus kemenangan PH pada pilihan raya umum ke-14. 

 Ekoran pembubaran jabatan itu, seramai 800 orang kakitangan kontrak akan dibuang, manakala 300 penjawat awam akan diletakkan dibawah Jabatan Perkhidmatan Awam untuk ditukarkan ke jabatan kerajaan lain.

Menurut Panel Pemikir JASA, Tun Faisal Ismail Aziz, beliau memberitahu kesemua 800 orang kakitangan tersebutlah bukanlah daripada hasil lantikan politik.  Beliau merasakan tindakan pembubaran adalah sesuatu yang tidak wajar kerana kebanyakan kakitangan berpendapatan rendah dan keputusan ini adalah sesuatu yang sukar.

Beliau menegaskan bahawa fungsi JASA penting kerana bertindak mengumpulkan maklum balas dari masyarakat serta menjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat.

Sebelum ini,  JASA  pernah dituduh sebagai unit propaganda digunakan untuk menyerang pembangkang.

 

Nur Farra