Siakap Keli

Kajian : Minum Susu Soya Secawan Setiap Minggu, Kurangkan 80% Risiko Kanser Payudara

Susu soya sememangnya diketahui mempunyai banyak kebaikan. Bukan sahaja memberi banyak manfaat kepada kesihatan, tetapi penemuan terbaru melalui kajian yang dijalankan ini memberi berita baik kepada semua wanita.

Menerusi perkongsian di laman sesawang Public Health Malaysia, wanita yang meminum secawan susu soya setiap minggu dapat mengurangkan risiko untuk mendapat kanser payudara sebanyak 80%.

Difahamkan, kajian tersebut merupakan kajian terbesar bagi kanser payudara melibatkan seramai 7663 wanita di Malaysia yang telah dijalankan selama 14 tahun dari tahun 2002 hingga 2016. Kanser payudara seperti yang diketahui menjadi kanser utama di kalangan wanita di negara ini.

Selain soya, kesan yang sama juga boleh di perolehi untuk produk seperti tofu, tempeh, miso dan lain lain lagi. Pada masa yang sama, menyusu badan dan aktif dalam aktivititi fizikal juga merupakan antara faktor penting untuk mengurangkan risiko kanser merbahaya ini.

Sumber : Public Health Malaysia, PLOS

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.