Siakap Keli

Najib Razak Didakwa Sekali Lagi Hari Ini Susulan Isu RM2.6 Bilion

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak bakal didakwa sekali lagi di bawah beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara,” memetik kenyataan.

Najib dikatakan telah ditahan pada 4 petang semalam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.  Difahamkan penahanan ini berkaitan dengan kes dana RM2.6 bilion yang berkait dengan 1MDB sebelum ini.

Susulan kes ini, jika beliau didapati bersalah, beliau dikatakan akan dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.

Sehingga kini, Najib pihak media dikatakan masih menunggu Datuk Seri Najib dibawa keluar.

Nur Farra