Siakap Keli

Paderi Mengaku Nabi Beri Minum Peluntur Untuk Sucikan Diri, Enam Penganut Maut, Empat Kritikal

AFRIKA SELATAN: Enam penganut agama Kristian maut manakala empat lagi kritikal selepas dipercayai dipaksa meminum sejenis peluntur yang didakwa boleh menyembuhkan penyakit dan penyucian diri, di Afrika Selatan, baru-baru ini.

Dalam insiden itu, mangsa dikatakan meminum peluntur tersebut atas dorongan seorang paderi yang mengaku nabi di wilayah miskin Limpopo yang bersempadan dengan Botswana.

Paderi yang dikenali sebagai Rufus Phala itu memperdaya mangsa untuk minum peluntur itu dengan mengatakan ia mampu untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi selain menyucikan diri si peminumnya dari dosa.

Terdahulu, Phala juga pernah mencetuskan kontroversi apabila dia memaksa pengikutnya untuk meminum cecair pencuci tangan jenama Dettol.

Pihak polis kini sedang menyiasat insiden yang berlaku.

Sumber: The Nigerian Voice

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar