Siakap Keli

Pening Mencari Barang Hantaran? Ketahui Gajet Paling Sesuai Dijadikan Hantaran Kahwin Untuk Si Dia

Perkahwinan merupakan antara saat paling menggembirakan bagi setiap insan di dunia ini. Mana tidaknya, kita akan disatukan dengan insan yang paling kita cintai bagi berkongsi kehidupan kita selepas ini. Atas sebab itulah, ramai di antara kita mahu acara perkahwinan itu dapat diadakan dalam keadaan yang terbaik.

Bagi memastikan ia berlaku, segala persiapan harus dilakukan dengan teliti. Bukan sahaja berkenaan dengan majlis perkahwinan dan pernikahan, malah dari segi hantaran juga adalah amat penting. Ini kerana dengan memberikan hadiah yang terbaik bagi si dia, ia seolah-olah menjadi bukti dan tanda terima kasih kepadanya kerana sudi menerima kehadiran kita dalam hidupnya.

Pelbagai jenis barangan berbeza boleh dijadikan sebagai hantaran mengikut kemampuan masing-masing. Namun hari ini, memberikan hantaran berbentuk gajet seperti konsol permainan dan telefon pintar sudah menjadi trend terbaru.

Bahkan, selebriti-selebriti terkenal tanahair seperti pasangan Anzalna Nasir dan Shaheizy Sam turut memilih gajet untuk dijadikan hantaran perkahwinan mereka.

Namun, berbanding gajet-gajet lain, memilih telefon terbaik untuk dijadikan hantaran perkahwinan adalah lebih sukar memandangkan telefon pintar mempunyai lambakan pilihan yang berada di pasaran.

Mana tidaknya, kita mestilah mahu membeli yang terbaik untuk orang yang dicintai. Namun, dengan pelancaran Huawei P20 Pro Pearl White baru-baru ini, pilihan itu menjadi semakin mudah. Alasannya sangat mudah, telefon ini hadir dengan pakej lengkap di luar dan dalamnya.

Huawei P20 Pro memang dikenali sebagai peranti yang mengubah lanskap reka bentuk telefon pintar hari ini. Reka bentuknya yang elegan telah menjadi kegilaan ramai sejak diperkenalkan buat kali pertama. Walaupun merupakan variasi baru, model P20 Pro Pearl White ini juga tidak terkecuali.

Dibina dengan menggunakan panel kaca yang berkilau, model telefon ini akan menghasilkan tona warna berbeza di antara putih dan merah jambu sekiranya di pandang dari sudut berbeza. Ia mengambil inspirasi daripada “Mother of Pearl” atau kejernihan warna laut dan kilauan permata yang ada di dasarnya. Jelas sekali, model ini pasti akan membuatkan ramai, terutamanya wanita menganga dan terpukau melihatnya.

Selain daripada warna yang menawan, kualiti kamera P20 Pro Pearl White ini juga sangat memberangsangkan, terutamanya kamera utama tiga lensanya. Dengan lensa 40MP RGB, 8MP telefoto bagi fungsi 5X hybrid zoom dan 20MP untuk monokrom serta sokongan kecerdasan buatan(AI), hasil gambar yang ditangkap tidak lagi perlu dipersoalkan.

Tidak cukup dengan itu, dengan lensa 24MP, P20 Pro ini juga mampu mengambil gambar swafoto dengan cemerlang sekali. Swafoto dengan yang tersayang pasti akan menjadi lebih bermakna selepas ini Pendek kata, kamera peranti ini tiada bandingannya. Jika tidak, mana mungkin telefon ini menerajui carta DxOMark bagi telefon pintar dengan kamera terbaik ketika ini.

Rupa paras dan kualiti kamera yang cantik sahaja tidak cukup untuk menjadikan sesebuah telefon itu sebagai yang terbaik. Atas sebab itu, P20 Pro Pearl White ini turut dilengkapi dengan spesifikasi dalaman yang berada di aras tertinggi.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan premium HiSilicon Kirin 970 dan memori sehingga 6GB RAM, anda boleh lupakan masalah lag yang sering berlaku di peranti-peranti lain. Selain mengambil gambar, anda juga boleh meluangkan masa bermain permainan video bersama pasangan selepas berkahwin nanti.

Bercakap mengenainya, simpanan dalaman sebesar 128GB juga akan membolehkan anda menyimpan gambar kenangan bersama yang tersayang atau memasang permainan video kegemaran tanpa perlu risau mengenai masalah ruang simpanan penuh.

Dengan rupa paras yang sangat cantik dan spesifikasi dalaman yang berteknologi tinggi, pasti ramai yang menganggap peranti ini pasti dijual pada harga yang sekurang-kurangnya RM 3,500. Namun, dakwaan itu ternyata meleset.

Dengan harga yang ditawarkan serendah RM 2,949, tidak salah lagi telefon pintar Huawei P20 Pro Pearl White ini adalah telefon pintar terbaik untuk dijadikan sebagai hantaran perkahwinan buat si dia yang tercinta.

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan Huawei P20 Pro Pearl White ini di pengedar sah Huawei berhampiran anda atau beli dari sini dan raikan hari terindah dalam hidup anda bersama si dia dengannya.

Bagi pelanggan Astro, Huawei menawarkan peluang secara eksklusif untuk anda memiliki peranti ini dengan harga RM 200 lebih murah. Cara mudah sahaja, anda hanya perlu ke laman sesawang Astro Circle dan tebus kupon RM200 menggunakan 200 mata Astro Circle anda.

Selepas menebus, anda akan menerima kupon tersebut melalui e-mel dan gunakannya untuk mendapatkan Huawei P20 Pro anda di sini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang rasmi promosi ini. Tertakluk pada terma dan syarat.

 

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Huawei Mobile Malaysia


Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di