Siakap Keli
Gambar : Kompas.com

Perbuatan Keji Terbongkar, Cabul 26 Orang Murid Di Sekolah, Guru Dijatuhi Hukuman Penjara 14 Tahun

Mahkamah di Jawa Timur menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun kepada seorang guru yang didapati bersalah di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak kerana melakukan perbuatan cabul terhadap 26 orang muridnya.

Pesalah, Eko Agriawan, 48, melakukan perbuatan keji tersebut di tempat dan waktu yang berbeza dengan menggunakan modus operandi ‘rukiah’ kepada semua pelajar perempuan di sekolahnya bagi mengaburi mata ramai.

Proses perbicaraan berlangsung. Gambar : Kompas.com

Namun perbuatan tersebut hanya terbongkar 7 bulan kemudian apabila seorang guru melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa setelah mencurigai sesuatu.

Ternyata telahannya benar, apabila semua mangsa di sekolah perempuan itu melaporkan pernah menjadi mangsa cabul guru berkenaan dalam tempoh tersebut.

Sementara itu, selama perbicaraan berlangsung, guru bahasa tersebut tidak mengakui perbuatannya walaupun pendakwa mempunyai bukti kukuh.

Mereka sebelumnya meminta hukuman penjara dikenakan selama 15 tahun tetapi akur dengan keputusan yang dijatuhkan hakim.

Pada masa sama, pendakwa turut meminta supaya kereta pesalah disita kerana menjadi salah satu tempat melempiaskan nafsu kejinya.

Sumber : Kompas.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.