Siakap Keli

Raih Undi Wanita Islam, India Bakal Kenakan Hukuman Kepada Suami Lafaz Talak Tiga

NEW DELHI: Penceraian talak tiga dalam kalangan penduduk Islam kini menjadi kesalahan yang boleh dikenakan hukuman di India apabila Kabinet India meluluskan arahan tersebut.

Arahan eksekutif itu dibuat ketika Perdana Mentrri India, Nerendra Modi, berusaha untuk meraih perhatian pengundi wanita Islam di sana.

Meskipun amalan itu telah diharamkan oleh Mahkamah Agung pada tahun lalu, kerajaan di bawah pimpinan Modi tetap ingin menjadikan ianya sebagai kesalahan yang tidak boleh diikat jamin dan membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, berikutan dari bantahan yang dilakukan oleh wanita Islam.

Menurut Menteri Undang-Undang Persekutuan, Ravi Shankar Prasad, Kabinet meluluskan arahan berkenaan kerana undang-undang itu terus berlaku meskipun diharamkan di mahkamah.

Terdahulu, Mahkamah Agung memutuskan undang-undang tidak mengikut Perlembagaan yang membolehkan lelaki Islam menceraikan isteri mereka dengan cuma melafazkan perkataan ‘talak’ atau ‘cerai’ dalam bahasa Arab sebanyak tiga kali.

Kerajaan cuba meluluskan perundangan untuk mengharamkan prosedur itu.

Pada sambutan Hari Kemerdekaan bulan lalu, Modi berkata dalam ucapannya bahawa beliau tidak akan berhenti sehingga mereka mendapat keadilan, merujuk kepada wanita.

Sumber: AlJazeera

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar